Want your
own Fotopage?
















 


By: raqin rafiqyn

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 18-Sep-2008 04:12 Email | Share | Bookmark
BUBUR CANDIL & MUFFIN CHOC CHIPS

 
Dah lama buat bubur candil & muffin choc chips ni tapi takdak masa nak update saja... adoiyaiii...
Biasa la bila masa tak mengizinkan tambah pulak dgn virus2 m yang melesukan badan.. tu yg hampir bersarang fp ni... jom tgk bubur candil dan muffin yg bonda buat ok..Resepi dari Kak Rinnchan kita tu ler kan... dan jugak sorang lagi pakar masakan yg tak kurang hebatnya dan glamernya iaitu En. Mat Gebu.. bonda paste jer resepi2 depa kat bawah ni..Tengkiu byk2 utk kedua2 chef kita utk kali ni.. -D



Quote:
BUBUR CANDIL

Bahan-bahan :
3 cawan tepung pulut
1 camca air kapur sirih
4 cawan air
200 gm gula merah
2 helai daun pandan
6 sudu makan tepung beras, larutkan dalam sedikit air

Bahan2 Kuah Santan :
1 cawan santan dari ½ biji kelapa
2 helai daun pandan, robek-robek
1 camca tepung jagung, larutkan dengan sedikit air
secubit garam

Cara-cara :
1. Gaul tepung pulut, air kapur sirih dan 1/2 - 3/4 cawan air sehingga tidak melekat di tangan.
2. Gentelkan bulat-bulat kecil.
3. Jerangkan lebihan air atas api, masukkan gula merah dan daun pandan. Masak hingga gula larut, tapis dan jerang semula.
4. Masukkan bebola tepung pulut dalam air rebusan gula merah dan masak sampai terapung tanda sudah masak.
5. Masukkan larutan tepung beras dan kacau sentiasa sehingga kuah agak pekat. Sajikan dengan kuah santan.
6. Untk kuah santan, campurkan semua bahan kuah dan masak atas api sehingga sedikit likat.

Bila nak makan, ambil semangkuk bubur dan siramkan kuah santan. Jangan gaul sampai sebati, cukup sekadar dapat gabungan sesudu bubur dan sedikit santan bila nak menyuap ke mulut. Baru ada campuran rasa manis, lemak-lemak, masin dan kenyal-kenyal pulut bila digigit. Mungkin sajian ini mirip Puteri Berendam tapi Puteri Berendam lebih meriah kerana ianya dibuat berwarna-warni bebolanya...

Biasa la... nak derhaka jugak resepi tu kan.. ni bebola yg berwarna warni... bebola yg kaler putih pun ada jugak cuma tak snap gambar saja...




Quote:
CHOCLATE CHIPS MUFFIN

Bahan Disatukan Dan Diayak:-
250 g tepung gandum
2 camca teh baking powder
1/2 camca teh soda bicarbonate
2 camca besar serbuk koko

Bahan Disatukan Dan Kacau Rata:-
250 ml susu segar
90 ml minyak sayur/jagung
1 biji telur gred A
1 camca teh esen vanilla

Bahan Lain:-
175 g gula halus
150 g chocolate chips
50 g chocolate chips, utk hiasan

Cara membuatnya:-

Dalam satu bekas, satukan bahan2 diayak bersama gula halus dan 150 g chocolate chips, gaul rata. Tuang bahan2 yang dikacau rata dan gaul hingg semua sebati dan mesra.
Sudukan bancuhan muffin tadi ke dalam muffin cup 3/4 penuh dan hias dgn taburan coklat chips, buat hingga siap
Bakar dalam oven pada suhu 180Cm selama 18 - 20 minit. Sejukkan sebelum dihidangkan. Sesuai untuk minum petang bersama keluarga...


Acara ni pulak adalah acara passing button tag dari kawan2 yg baik hati utk bonda.. kalau ada yg terlepas pandang tu bonda minta maaf sgt2 ok.. kadangkala waktu amat mencemburui daku..sampai tak sempat nak ronda fp kawan2 lain.. dan bonda appreaciate dgn tag2 ni.. terima kasih byk2..






COPPS.....COPPS....
BONDA TAK TAHAN TGK BUBUR TU.....
Thu 18-Sep-2008 04:53
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
Memula td wa ingat gula2 yg kaler2 tu...rupa2nya bubur.. Thu 18-Sep-2008 05:04
Posted by:wawa ssalwa@yahoo.com  - [Link]
███████████████████████████████████████
███████████████████████████████████████
███████████████████████████████████████
███████████████████████████████████████

KINI TELAH DIBUKA..
PUSAT DOWNLOAD MELAYU

MACAM-MACAM ADA! DOWNLOAD SECARA PERCUMA!!!
►Audio Muzik
►Ceramah & Motivasi
------Audio
------Video
►Ebook
------Majalah
------------------------Majalah PC ada,
------------------------Majalah PC Xtra ada,
------------------------Mangga ada,
------------------------Ujang ada,
------------------------Mastika ada,
------------------------Gila-Gila ada,
------------------------Majalah Apo? ada,
------------------------Majalah Gempak ada,
------------------------Majalah Utopia ada,
------------------------Majalah Mingguan Wanita ada,
------------------------Majalah Mastika ada,
------------------------Majalah Wisel ada,
------------------------Majalah Arena Bolasepak ada,
------------------------Majalah Hai ada,
------------------------Majalah Maskulin ada,
------------------------Majalah G3 ada,
------------------------Majalah Max It ada,
------------------------Majalah Star Soccer ada,
------------------------Majalah Klik ada,
------------------------Majalah Remaja ada,
------------------------Majalah CHIP ada,
------------------------Majalah Aliran Informasi Pertahanan TEMPUR ada,
------------------------Majalah Rasa ada,
►Filem
------Versi DVD
------------Cerita Indonesia
------------Cerita Melayu
------------Cerita Orang Putih
------Versi VCD
------------Cerita Indonesia
------------Cerita Melayu
------------Cerita Orang Putih
►Rancangan Televisyen
------8TV
------Astro Ceria
------Astro Prima
------Astro RIA
------AXN
------NTV7
------RTM
------TV3
------TV9
►Video Muzik
------Muzik Indonesia

dan banyak lagi..!!!

Masuk sini= http://www.mediamelayu.co.cc/

TENGOK DULU BARU TAHU, CAKAP SAJA TARA GUNA

███████████████████████████████████████
███████████████████████████████████████
███████████████████████████████████████
███████████████████████████████████████
Thu 18-Sep-2008 06:27
Posted by:sam phua
dah 2-3 rumah dah dok tengok ada bubur candil ni....teringin nak makan tapi angin M tengah melanda dengan kuat ni..... Fri 19-Sep-2008 01:11
Posted by:Haniss  - [Link]
salam..sudi² lah p ambik kad raya kat fp zira tu yer Fri 19-Sep-2008 08:58
Posted by:zira  - [Link]
cantiknye bola2 bubur candil tu....warna warni lagi..... Sat 20-Sep-2008 03:09
Posted by:dapurimpian@k.zai  - [Link]
bonda ni stay kat kedah ker...?

mmm....1st time dengar bubur candil ni
muffin coklat chip tu nampak s0dapppppp !
nak separuh boleh...


re: tarikh ditukar atas sebab ada yg masih berkerja on that day
Sun 21-Sep-2008 08:22
Posted by:m0mma darwisY & daNi : farah  - [Link]
salam bonda wah nampaksedapnyer bubur candil itew huhu... btw kita tgk kuih yg akak hantar pada kamariah kat miti nie nampak sedap je almond london n biskut ape lagi satu tu lupa lak.. b4 ni penah nak order ngan akak ej tapi kak kama kata akak da pindah huhu.. sy lambat sket je.. Sun 21-Sep-2008 23:15
Posted by:jajagurlz
salam,

SELAMAT HARI RAYA...
jom ke FP saya...ambik kad raya penganti diri
Mon 22-Sep-2008 23:43
Posted by:m♥mma darwisY & daNi : farah  - [Link]
Amboi..banyaknya iklan kat sini.... ...buat kukis gak ka?? Tue 23-Sep-2008 23:37
Posted by:Effa  - [Link]
Sukanya kaler kalerrrrr....... Wed 24-Sep-2008 05:58
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
akum ej... apa kabar?
ermm... ej singgah kat fp krinz yea ambil kad raya ok
Wed 24-Sep-2008 06:47
Posted by:rinzura rinz_zura@yahoo.com  - [Link]
Selamat hari raya kak ej.. Fri 26-Sep-2008 02:42
Posted by:wawa ssalwa@yahoo.com  - [Link]
Warisan tradisi mengiring kemodenan
Tangan dihulur mohon kemaafan
Semoga ikatan kekeluargaan
Dan jalinan persahabatan
Kian erat dan terus berkekalan
Selamat Hari Raya AidilFitri
dan Maaf Zahir Batin dari ZIRA sepanjang perkenalan kita
Fri 26-Sep-2008 06:19
Posted by:zira  - [Link]
hai bonda..slm perkenalan..
slmt myambut edulfitri yang mjelang tiba..
errr..anak2 akak mmg panggil bonda eh..?nice...sgt keibuan..
Sun 28-Sep-2008 01:36
Posted by:Pabloiizetty ii_zetty@yahoo.com  - [Link]
org lain sume dah update...malas tul kamu ni! Mon 20-Oct-2008 05:43
Posted by:ramainyer


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.