By: raqin rafiqyn

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 11-Nov-2007 01:18 Email | Share | Bookmark
Jalan2 Deepavali - Ke Umah Kak Rinnchan

 
CERITA DARI PUAN EMPUNYA RUMAH
Quote:
Ahakss...pasti kenkawan tertanya-tanya siapakah gerangan yg telah berkunjung ke dapur Rinn pada cuti Deepavali baru-baru ini.. Kalau Rinn tunjukkan buahtangan di bawah ini tentunya kenkawan dapat meneka siapa dia...

**********************************************************

Dah tahu?? ..Buahtangan yg di bawah ini mungkin agak sukar utk meneka siapa yg membawanya tapi boleh cuba

*******************************************************************

Hajat di hati mereka hendak membuat surprise visit tapi oleh kerana khuatir Rinn mungkin tiada di rumah, maka terpaksalah buat "appointment". Akhirnya pada mlm sebelum Deepavali tu Rinn sms diorang, jemput ke Deepavali Open House di rumah Rinn ...exclusive utk mereka. Heh! heh! heh! jangan jeles... Diorang setuju utk datang selepas zohor. Tetamu nak datang mestilah nak kena jamu sikit. Ok lah..cadangnya nak buat yang tidak terlalu berat dan tidak terlalu ringan. Untuk menjimatkan masa, Rinn rebus ketupat segera dan buat kuah kacang pada mlm sebelumnya. Esoknya cuma nak masak Soto Ayam, Nasi tomato, Rendang Daging, Puding Jagung dan Rojak Buah. Hari ni sempat pi beli buah nenas, jambu batu, sengkuang, timun, belimbing. Mempelam muda aje tak jumpa. Kuih raya dan kerepek2 pun masih ada saki-baki lagi.
Pagi Deepavali, Rinn pun masaklah. Tidaklah kelam-kabut cuma slow and steady sebab dalam hatiku berkata, "Aaaahhhh...janji Melayu...sure lambat diorang sampai." Tup! Tup!...Diorang called, kata dah ada kat highway !!! Alamak!!...Masa tu dah zohor pun, memang patut pun diorang dah ada kat situ. Masak dah hampir siap..cuma rendang aje yg masih di atas dapur menunggu kering sedikit. Mintak tolong anak tengokkan sebentar. Dapur berselerak, di atas meja makan masih belum terhidang apa-apa, air minuman masih belum dibancuh..and the best part of it, Rinn ni mandi pun belum lagi !!! Padan muka aku..!! Kalau dah mandi pun, sure Rinn pi mandi lagi..bucuk dapur !!
Sekali lagi diorang call, katanya diorang sebenarnya dah sampai pun dok pusing-pusing dlm kawasan taman. MasyaAllah!!!..Tiada pilihan..Rinn terus jemput diorang ke rumah sementara Rinn bergegas mandi. Dear hubby sedang bermain dengan "new toy"nya di bawah pokok sukun sambil memerhati dua anak2 kecil kami yang masih seronok bermain air di halaman rumah.
Kesian diorang ekkk..kunjungan tak bersambut di muka pintu. Tak pelah..at least dear hubby dah jemput masuk dan anak lelaki layan cakap sebentar. Beberapa minit menunggu akhirnya Rinn pun siaaap..tapi tak sempat mekap dan pakai baju raya Deepavali !!! Kami pun bersalam-salaman..hug-hug..berbalas senyuman bla bla bla...Layan diri makan kuih raya di ruang tamu sambil bertanya khabar apa yg patut sebagai mukaddimah pertemuan pertama.

Lepas tu Rinn ajak diorang ke ruang makan dan dapur. Heh Heh..ajak tetamu tolong sama menghidang makanan dan minuman. Bagus betul Puan Rumah ni ye !!! Haa..tulah, nak datang sangat..tapi tak pe, Rinn suka tetamu yang boleh dibawa ke tepi dan ke tengah...sporting gitu. Kalau yang asyik nak control ayu tu leceh jugak ekk... Inilah hidangan yg tak seberapanya untuk mamaziezadan EJ aka Bonda..... Soto Ayam, Nasi tomato & Rendang Daging, Nasi Impit & Kuah Kacang, Rojak Buah dan Puding Jagung..Disulami air oren.

Maap lah ye mama dan EJ kalau ada yang tak kena dengan selera. Masa berlalu agak pantas tanpa terasa dah berjam kami menghadap makanan sambil terus rabung bersembang itu dan ini. Rinn dan mama laju jer dengan rojak buahnya. Kebetulan EJ bawak buah kedondong/amra..bertambahlah lagi sedapnya kami meratah. Tapi dalam banyak2 topik yang kami seronok berkongsi bersama, yang di bawah ini adalah yang paling gempaq !!.....

*********************************************************************

Sebuah katalog peralatan baking yang dear hubby bawak pulang dari negara China semasa dia ke sana beberapa minggu yg lalu. Kebetulan kawannya di sana tu memang minat memasak..lelaki you !! Banyak barangan yg dipaparkan menarik minat kami bertiga. Hasil seni dekorasi kek dan cupcakes pun ada. Mama dan Ej siap snap-snap lagik..Lepas ni bolehlah kita tengok hasil seni diorang ekk. Ada juga di antara barangan yg diiklankan tidak terdapat di pasaran tempatan. Mama dan Ej pun siap membuat pesanan beberapa benda sekirannya Rinn berpeluang ke sana nanti. Semakin lama bersembang semakin rancak, anak EJ sesekali merengek. Mungkin mengantuk tuu..Jam menunjukkan lebihkurang 5.45pm. Walaupun kami masih belum puas bersembang, Mama dan EJ dah minta diri nak pulang. Sebelum tu sempat juga kami bergambar bersama buat kenang-kenangan...Seronok dapat berjumpa mereka..sporting abih !!! Baru pertama kali berjumpa seolah dah kenal berbelas tahun lamanya Di kesempatan ini Rinn nak mohon maaf pada mamazieza dan EJ terhadap sebarang kekurangan dan ketidakselesaan semasa kunjungan kalian ke rumah Rinn. Rinn rasa sungguh berbesarhati menerima kunjungan kalian sebagai kenkawan FP pertama yg menjenguk dapur Rinn yg berselerak..Bak kata Rinn, dapur orang yg memasak ye !! Kalau tak masak sure dapur kemas rapi dan kering sentiasa... Jangan serik nak mai lagi ye !!
Selepas maghrib dua orang kawan dear hubby berkunjung pulak ke rumah. Langkah kanan..masih ada makanan terhidang. Bagi orang utara mungkin hidangan soto ayam agak asing tetapi kenalah kita beri diorang rasa kepelbagaian masakan orang Malaysia kan. Sekali lagi meja makan riuh-rendah dengan sembang mereka. Terasa kembali kemeriahan beraya..walhal hari itu adalah Deepavali. Apa-apa aje lah.



CERITA DARI MAMAZIEZA
Quote:
Cuti Deepavali dimanfaatkan dengan bertandang ke rumah Rinnchan bersama-sama EJ dan anakandanya Ecah....

Memang betul kata Rinn tu.. memula nak buat suprise.. tapi takut kami yang kena suprised kalau dia takde kat rumah so baiklaa beritahu Rinn yang kami nak datang.. at least boleh laa Rinn masak memasak untuk kami dengan resipinya yang selalu kedeboom..

Dah confirm dengan Rinn yang kami akan pergi ke rumahnya selepas Zohor.. EJ pulak sms.. nak ajak pergi awal, oo oh.. mama pulak dah ada janji lain.. tapi takpe.. mama cuba...

Pagi tu, setelah siap masak pagi-pagi buta.. .. mama keluar pergi kelinik, then masa dah keluar dari klinik EJ sms.. boleh plak pergi lambat.. aduhai EJ.. mama dah keluar dah on the way.. tapi kalau takmo pun takpe laa mama pusing balik rumah. EJ talipon.. takpelaa mama.. boleh la fetch dia di Lunas dan pergi terus rumah Rinn. Hujan pulak selebat-lebatnya sebelum jambatan Pulau Pinang
tapi bila seberang jerr.. terang benderang.. nak sampai rumah EJ plak hujan lagi..lebat sungguh... uwaaaahhhh... mama memang tak suka drive dalam hujan... selepas bertanya EJ location rumah dia sampai laa mama ke rumah Ej dalam hujan lebat tu... sampai-sampai ada anak dara sorang dok menyapu dalam hujan petus.. seronok sungguh... Keluar dan dok sat kat rumah EJ.. kami pun bertolak ke rumah Rinn... Mama dah biasalaa jalan ke Sungai Petani tu.. memang jalan mama hari-hari...

Sampai kat kawasan taman rumah Rinn.. mama talipon "Rinn, rumah Rinn kat mana ek kat taman ni?" Terkejut Rinn, takkan mama dah sampai , Rinn tak mandi lagi. Mama pun temberang.. tak laa... kami kat highway jerr lagi, saja laa tanya nanti sampai kat taman nak pusing mana? kiri.. kanan.. depan belakang... walhal kami kat tepi simpang jerr... Rinn beri instruction, mama pun masuk.. nampaklaa suami Rinn dan anak-anak.. tapi mama terus jerr... jenjalan kasik Rinn masa untuk mandi.. haha...pastu baru pusing balik dan parking depan pokok sukun Rinn... dok dalam kereta sampai Rinn marah.. hehehe. soh masuk.. dan dah masuk ditemani oleh anak mudanya yang handsome... dan kemudian oleh anak-anak dara Rinn yang comel lote..

Banyaknya Rinn masak, ada soto, ada kuah kacang, ada nasi tomato ada rendang ada puding ada rojak buah.. hissshhh.. tapi kan... hmmmm kami kena tolong hidang tauuu... didera oleh Rinnchan... sebab kami datang awal.. Hello Rinn, ni mama ekk..kita ikut janji betul tauuu... kata lepas Zohor, lepas Zohor laa kami sampai.. bukan lepas Asar..

Punyalaa seronok bersembang sambil makan.. tapi kesian EJ.. hehehe.. kureng makan sebab dok melayan anaknya... mama makannnn... sambil sembang sambil makan .. sekali dah ketat perut tu .. baru dok bawah terus.. muahahahahaha sambung sembang sampai tak sedar hari dah petang.. tak ingat balik umah ke?????

Sampai masa.. terpaksalaa kami balik.. takkan nak tidur kat rumah Rinn pulak..

To Rinn - thanks for inviting us, walaupun pada mulanya mama yang invite diri sendiri .. hahaha... dan sanggup bersusah payah masak untuk kami.. semuanya sedapa gilerrrrrrrrr.... we really enjoyed and nice knowing you personally. Such a nice lady... Gitu gak ngan EJ aka Bonda ..... walau pun ni kali kedua jumpa tapi kita semua dah macam kenal bertahun laa pulak.. berbual tak hengat dunia.. seb baik tak kena halau...


CERITA DARI BONDA TETAMU YG BERUNDANG
Sehari sebelum Mamazieza dah call, tanya nak p umah Kak Rinn kul brapa, nak jumpa tang mana dan nak bawak apa sebagai buah tangan... mmg la takdak idea sungguh nak bawak apa utk Kak Rinn.. sebab semuanya dia dah pandai buat... bonda pon tak terfikir nak buat kek untuk Kak Rinn sebab bonda rasa kek pon dia pandai buat gak.. pastu bonda cakap kat Mamazieza..kita bawak lah buah tembikai sebiji.. lepas makan mesti nak cuci-cuci mulut kan... Pastu mama kata nanti2 dia fikir apa yg dia nak bawak..
Esoknya.. pagi2 lagi bonda dah sms Mama, bgtau tak leh la nak bawak keta seperti yang dijanjikan sebab satu keta husband bonda bawak mak bapak dia p Aloq Staq, hantaq duit belanja kawen adik dia.. yg keta satu lagi lak Mak nak pakai, bawak tok p umah kembaq dia, tok long kat Kg. Pelet di BM.. camna nak buat niiiiiii????????? nak suruh mama mai ambik kat umah pon sebenarnya rasa segan lak sebab nak mai ke Lunas pon kena tempuh tol berkali2...walaupun Mama guna SmartTag tapi hatiku yg pemurah ni berasa sungguh kasihan kat mama.. tapi bonda no choice..hajat hati memula tu nak je cancel sebab taknak la nyusahkan mama.. tapi bila fikir balik mmg ler nak p sebab dah lama janji dgn Kak Rinn yg one fine day bonda akan p jugak bertemu dgn dia.. Lepas sms Mama bgtau reason sebenar, mama kata dia leh mai ambik kat umah... yaaaaaahhhhhhhhhooooooooooooooo!!!! syoknya...

Tgh tunggu Mama, ujan turun selebat-lebatnya.. dlm hati tertanya-tanya...boleh ke Mama drive time ujan2 camni.. sian dia.. dah ler baru kluar spital angkara demam nyamuk.. ni nak dera dia lak mai ambik bonda kat umah... minta maaf la mama... bonda tak sengaja...

Akhinya Mama muncul depan halaman rumahku dgn selamatnya.. Alhamdulillah.. sembang2 jap pastu terus bertolak ke umah Kak Rinn yg mengambil masa kira-kira 45 minit dari umah.. dlm keta punya la bersembang dgn rancaknya.. kira2 lagi 2 minit nak sampai umah Kak Rinn, mama minta tlg ikatkan reben kat kotak choclate treasure dia.. sonang je tuh..

Setibanya di umah Kak Rinn, bonda n mama berehat2 dulu kat luar sambil memerhatikan pokok sukun yg lebat berbuah... maklum lah puan umah tgh kalut nak mandi lepas bucuk2 di dapur. Lepas tu kami dipersilakan utk masuk ke rumah oleh hubby puan rumah.. Masuk je dlm umah kami ditemani pulak oleh jejaka hensem yg pandai main drum iaitu sesatunya anak teruna Kak Rinn.. Puas menunggu akhirnya puan rumah turun jua... bermula acara berpeluk-pelukkan..muahhh sana muahhhhh sini... makk aiiiiiiiiiiiiiiiii terjun dlm kolah perfume ke? wanginyaaaaaaaaa....

Sesi bersembang dan sesi makan dimulakan... sedap2 blaka hidangan oleh puan umah ni... berselera kami makan... walaupun ecah asek kacau bonda makan tapi tetap tak menjejaskan selera ku..sambil makan sambil sembang dgn rancaknya.. tapi yg paling byk bersembang Mama lah.. bonda rasa mcm bonda kurang sket bercakap.. sebab asek kena layan ecah je..tapi takpa...sronok sungguh pertemuan pada hari tu.. akan ku kenang hingga ke akhir hayat...

Untuk puan rumah yg baik hati... Kak Rinnchan, terima kasih tak terhingga sebab susah payah untuk kami.. sronok sungguh dpt kenai Kak Rinn... peramah dan baik hati.. segak pon segak gak.. tapi yg jeles tu..badan maintain 'slim river' betul.. bonda balik kg ni je dah bertambah 5kg.. Nanti ada masa kita bertemu lagi...

Untuk Mamazieza lak... terima kasih sebab sudi mai ambik dan sudi hantar balik hingga ke depan pintu umah... sronok jugak kenal mama...peramah sungguh orgnya.. dan tak lokek dgn senyuman manisnya.. kalau ada masa kita jumpa lagi.. mungkin mama nak buat open house lak ker lepas ni... boleh le bonda p...






Yang ni paling menarik perhatianku...



UNTUK GAMBAR2 LAIN YG LEBIH MENARIK SILA LAWATI FP MAMAZIEZA DAN KAK RINNCHAN.. byk gambar yg bonda ambik kurang jelas gambarnya... tak cantik nak tepek kat sini..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net