By: raqin rafiqyn

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 25-Oct-2007 05:29 Email | Share | Bookmark
White Bread & Sambungan Syawal Yg Sedih

 
Semlm buat roti putih.. sedap woo cicah dgn kari..pastu buat roti sekaya guna tepung roti kentang yg dah siap tu.. dulu dah penah letak resepi bun potato tu cuma bonda alter sket2 ja... ni pon sama gak.. cuma tambah inti sekaya ja kat dlm dia.. yg lain semua sama..



Quote:
ROTI PUTIH
sumber : Alex Goh

Bahan A
480g tepung roti
120g tepung gandum
110g gula
10g garam
20g susu tepung
4 sudu yis segera

Bahan B
1 biji telur
300 ml air sejuk

Bahan C
60g mentega

Cara:-
1. Adun Bahan A hingga sebati.
2. Masukkan Bahan B dan uli sehingga menghasilkan doh
3. Campur Bahan C ke dalam doh dan terus menguli hingga elastik untuk menghasil doh yg lembut dan kenyal.
4. Tutup doh dgn cling film. Biarkan ia naik selama 50-60 minit atau berganda saiznya.
5. Tumbuk doh untuk membuang angin. Bentukkan doh.
6. Bakar 190c selama 30 minit atau hingga masak.





tgk resepi ni kat entry lepas ye.. dah pernah tepek dah dulu..

OK...skarang kita sambung episod yg tergendala lak ek...

SYAWAL - HARI KEDUA
- Pagi - bertungkus lumus di dapur lagi untuk buat ketupat.. tapi bukan ketupat utk di makan oleh keluarga tapi ketupat yg ditempah oleh pelanggan.. dia nak ketupat tu utk open house di umah dia pada raya ketiga.. so lepas tanak pulut, bonda dok proses daun palas la... dia order tak byk..cuma 100 biji ja.. ok lah..buat pelan2 ja.. pagi raya ketiga antar kat umah dia di Kulim.

- 3.30 petang - belum pon sempat beraya ke umah sedara mara, bonda dan abah dikejutkan dgn panggilan telefon daripada Asrul.. bagitau kawan baik kitorang (Azhar..kami panggil Mon je) accident.. cedera parah katanya.. tanpa byk bicara, bonda dgn abah bergegas ke hospital seberang jaya... mmg parah jugak.. tulang selangka yg bawah leher ni tercucuk kluar sampai berlubang bawah bahu dia.. bahu patah, tangan pon kalau tak silap patah gak..tulang peha hancur... kaki patah tiga, rahang patah, gigi 'rebeh' dan sebelah kiri muka dia lebam teruk dan bengkak sampai mata kiri tak buleh buka.. ada 2 pendarahan dalam kepala.. wife Mon ni dah teresak-esak dah.. sapa tak sedih tgk husband camtu kan.. tambahan lak wife dia tgh tunggu hari nak bersalin anak sulung.. lagi la sedih...

Semua member2 tunggu dia..tak kira laki atau perempuan.. mmg ramai..sebab dulu masa bujang2 dulu mmg kami ada satu group yg besar.. ke mana2 pon kami p sama2.. mcm2 aktiviti kami buat.. study sama2, picnic, bbq, karoke, ronda2, melepak? of course ler sama2.. tapi port lepak selalunya kat umah mak bonda lah.. sebab kat situ byk makanan.. kalau cuti semester lagi meriah dgn aktiviti sebab semuanya pakat2 balik kampung untuk berkumpul.. pendek kata semua dah mcm adik beradik dah... satu hubungan yg tak dpt digambarkan dgn kata... tapi dlm geng tu tak dibenarkan bercinta la sesama geng.. nanti relations tu jadi tak best dan terbukti bila dah besar masing2 kawen dgn org lain.. So bila dgr je mon accident, semua pakat2 terpa ke hospital.. member yg dari pahang pon balik.. yg dari johor, putrajaya semua pakat balik. Kami semua sabar menunggu dgn pelbagai perasaan.. scan ke.. x-ray ke.. apa ke... semua kami tgk dari jauh.. dari satu bilik ke satu bilik doktor bawa dia.. mungkin sebab dia tentera (tudm) so doktor ambik tindakan cepat sket kot... lagipon big2 bos Mon datang skali.. ambik keterangan dari saksi2 yg ada.. Hampir kul 7 semua selesai.. depa tempatkan mon kat wad 7.. masa bonda dgn husband p dekat dia, terus dia genggam tapak tangan bonda ni kuat2.. dia bagi salam dan dia tanya "EJ, hang apa khabaq? hang sihat ka? ecah mana?" bonda terus menangis kat situ.. tak boleh nak tahan perasaan rasanya.. husband pon bergenang ja mata dia.. belum sempat bonda jawap, dia kata " jgn la teriak lagu tu.. aku ok la.. takdak apa aihhh!! " Lagi la bonda menangih.. sapa yg tak menangih tgk dia.. member2 laki pon pakat meleleh air mata.. patutnya kami yg tanya keadaan dia.. pastu dia bgtau kami, dia rasa dia lumpuh.. dia rasa kaki dia kebas.. tak rasa apa... kami pakat2 tenangkan dia.. bgtau dia accident sket ja.. minta dia jgn pikiaq bukan2.. Ingatan dia pon tak stabil sebab lepas kami semua kluar dan tunggu dia di luar, mak dia kata yg dia tanya kenapa kawan2 dia tak datang melawat dia... maybe hantukan di kepala dia kuat sgt yg menyebabkan memori dia tak lekat langsung! tapi yg heran tu dia kenal dan ingat nama semua kawan2 dia... kami decide tunggu lagi dia kat luar wad hingga doktor betul2 sahkan dia dah stabil.. dlm kul 9 mlm, doktor kata depa kena letak Mon kat wad I.C.U sebab keadaan dia kritikal lak.. Terkejut dan terkedu dgn kata2 doktor.. kami tgk doktor bawak dia ke wad i.c.u.. apa lagi yg boleh kami buat utk tolong dia selain dari berdoa dan terus berdoa semoga dia selamat dan umur panjang..

Camna dia boleh accident? crita dia camni.. dia dah lama tak naik motor, tetiba aritu dia naik motor utk ke umah Y.B..sebab dia ambik tender buat ais kacang kat open house YB tu.. accident ni kat highway Sg.Dua, dlm laluan motosikal.. ada ka patut one chinese man ni pandu kancil ikut jalan motor yg kecik tu.... nak save tol ke apa ntah... pastu bawak keta sambil bercakap / pegang tepon bimbit.. Bawak laju lak tu.. pastu tiba-tiba dia corner tak bagi signal, terus hentam si Mon yg tgh tunggang motor ni... itu yg jadi cedera parah tuuu....ishhhhhhh...kalau bonda jumpa la driver keta tu..mmg patah riuk bonda kerjakan.. rasa nak terajang je!!! Dan Syawal Hari Ketiga dan Hari-hari Seterusnya, bonda, husband dan kawan2 lain kat hospital tu ler dari tgh hari sampai senja.. tunggu perkembangan dia.. mak Mon pon terharu sebab kami semua asek kat hospital ja..sampai dia suruh kami balik dan datang sesekali je sebab taknak menyusahkan kami... takpalah.. dia pon kawan baik kami jugak.. dah mcm kluarga pon.. apa de hal sgt 'masa menunggu' kami tu jika dibandingkan dgn nilai sebuah persahabatan kan?


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net