Want your
own Fotopage?






 


By: raqin rafiqyn

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 27-Sep-2007 00:33 Email | Share | Bookmark
Paru Masak Pedas

 
fuhhhhhhhhhh mmg hottttt!!!!!!!!!!!!! family bonda panggil Paru ni 'Kelempong'. Ni bonda masak utk berbuka semlm...mmg pedas yg amat! yg lain2 tu bukan bonda yg masak.. semua tu kak ipaq, mak dgn tok yg masak.. bonda tau ngap saja... itu untungnya berbuka puasa di umah mak... duduk tunggu org cedok nasi ke pinggan ja..(cis!!! pemalas sungguh!) hehehehee... tapi syok la buka posa ramai2 kat umah mak.. meriah ja rasa..kalau kat kl dulu buka posa berdua je dgn ecah.. tu pon ecah bukannya posa! sesekali berbuka dgn abah wan.. tu dulu la kat kl.. skarang ni buleh berbuka kat umah mak kerap2 sket.. lepas masak paru, bake kek lagi... kek apa??? kek coklat la.. asek2 kek coklat ja kan.. apo nak buek, dah customer order.. pastu mlm lak buat peach cheesecake lagi.. Jom layan menu berbuka semlm di rumah mak bonda ya... ada mcm2 lauk tapi tak sempat nak snap semua..tapi lauk ni yg biasa2 ja.. lauk org2 kampung la katakan...

KARI AYAM ( jiran kasi dlm acara bertukar2 juadah )


MASAK LEMAK CILI PADI PUCUK UBI - mak masak


PULUT KUNING - tok masak


BENGKANG UBI - tok masak..paling sedap tiada tandingannya!


AYAM MASAK MERAH - kak ipaq masak




Quote:
PARU PEDAS

Bahan:
Minyak utk menumis
4 ulas bawang putih – diketuk
4 cm halia muda – dihiris memanjang & halus
Paru – secukupnya (direbus dulu)
25 biji cili kering – direbus, tos dan giling lumat.
1 ½ sb sos tomato
½ s/b kicap manis
½ cawan air
10 biji cili padi – dibuang tangkai sahaja
1 biji bawang besar – dihiris
1/2 sb gula
Garam secukup rasa

Cara:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih & halia hingga layu.
2. Masukkan cili kering yg digiling, goreng seketika.
3. Masukkan sos tomato, kicap manis & gula. Kacau hingga sebati dan biar seketika.
4. Masukkan air & paru, kacau rata.
5. Masukkan bawang besar dan cili padi dan garam secukup rasa.
6. Kacau hingga air betul2 kering. Angkat.


Setelah ketandusan idea utk hias cheesecake.. maka inilah hasilnya...

sedapnya lauk ni..mmg feveret odah nih..tapi puasa2 ni tak berani makan yg pedas2...ada gastrik

kalau balik kg hubs, musti ada tukar2 lauk..kan best kalau kl ni ada ...masak 1 lauk jer tapi bila berbuka 2-3 lauk terhidang....
Thu 27-Sep-2007 01:55
Posted by:saudah  - [Link]
yummy...........paru aka lempung tu my favourite (kitaorg pun panggil lempung hehhe) Thu 27-Sep-2007 02:00
Posted by:leezsa  - [Link]
bestnya kek cheese...

p/s: kad raya? bonda bagi e-mail saya kirimkan...
Thu 27-Sep-2007 07:02
Posted by:idderess  - [Link]
kak cak pun suka paru tuh..tp bila dah siap masak mla..kalau belum masak.. hehhehe...mintak le mahap..
sonoknya ej hari2 leh bukak pose reramai.mak masak lak tuh.. iskkk..jelesnya..


EJ.. dah kena tag okie... sila jawab bebila free
Thu 27-Sep-2007 07:15
Posted by:cak  - [Link]
mak aiii.. sedap2 belaka makanan kat fp ni.. paling tak tahan tgk segala mcm cake, muffin dan yg sewaktu dgnnya.. anak yg sulung dok kat tepi ni pun dah bising cakap "sedapnya.. buatla ibu".. Thu 27-Sep-2007 07:38
Posted by:kamalina  - [Link]
huhu paru masak pedas nih laaa my fave..tp kak suka parunya lg kering..pehh krup krap gitu..wahhh masakan kampung laa yg mahai yang!! payah woo nk tanding org lama memasak...lg pulak ada ulam2 sambal2 belacan..puhh imaginasiku terlalu tinggi...ampunnn..hahaha.. Thu 27-Sep-2007 07:43
Posted by:nabialishad  - [Link]
Tok...akak nak pulut kuning sikit...pleaseeeee tok...pleasee... Thu 27-Sep-2007 07:44
Posted by:Roylazim  - [Link]
Esok kena cari paru jugaklah. aye memang hantu paru-paru ni. Tak boleh tengok, mesti beli( yang dah masak lahhhhh) Thu 27-Sep-2007 09:04
Posted by:Jie jie  - [Link]
Aduhai..makanan yg sesungguhnya sedap belaka
I've been tagged.
Apapun, mai le tengok apa yg saya jawab
Thu 27-Sep-2007 09:06
Posted by:Meorjay  - [Link]
kerak bengkang ubi tu nampak mengancam betul...hishhh Thu 27-Sep-2007 09:18
Posted by:Hajar  - [Link]
ej, tenkiyu very much for calling2 yek and willing to explain. adoiii jelesnya kat dia dpt berbuka ngan keluarga reramai. akak suka cengitu. tapi tahun tak sempat le berbuka kat umah mak atau mertua, coz tak boleh balik awai. uhuk uhuk sedihhhh Thu 27-Sep-2007 09:20
Posted by:zanaz70  - [Link]
cheese cake ni betul2 buat tergoda... pulut kuning dan bengkang tu nampak sedap,lama tak mkn..
goreng paru pedas gini nampak menyelerakan tp kami sekeluarga tak mkn pedas. semalam kat supermarket tertengok paru yg dijual,mula2 nak beli tp tak jadi sbb tak tahu nak masak apa lagi...
Thu 27-Sep-2007 10:01
Posted by:mamasya  - [Link]
bengkang ubi tu cedappppppppp terutama bab kerak tu kan...
org lain makan bahagian atas ,ida suka makan kerak
ciscake tu walaaaaaaaaa
Thu 27-Sep-2007 10:48
Posted by:ida isk  - [Link]
mekaseh kak sudi mlawat fp sy...
paru masak pedas tuh, masa sy dok muadzam shah dulu ada 1 makcik kat pasar ramadhan tuh jual mmg kaw2 punya...ari2 sy gi bli wat bukak puasa...tp sejak pindah dr situ mmg tak jumpa dah lauk tu kat pasar ramadhan...org pantai timur tak suka kot mkn camtu..kalau nk kena la bli masak sendiri hehe...
Thu 27-Sep-2007 10:52
Posted by:inaa  - [Link]
Ma suuuuuuuuuuuuuuuka makan paru tapi paru goreng cili....yummy yummy!!! Thu 27-Sep-2007 21:54
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
semuanya sodap! Fri 28-Sep-2007 01:58
Posted by:mrs.apple  - [Link]
paru emang faborite kita jugaks. waahhh meriah tuu siap pulut kuning bagaiii i loiikkeee. lauk2 mcm nih la yg besh bonda nak2 makan berebut 2 kali meriah Fri 28-Sep-2007 02:08
Posted by:kuchai
salam ~ paru memang sedap dan enak banyak betul makana kat sini boleh terliuq Fri 28-Sep-2007 02:29
Posted by:Nur  - [Link]
Assalamualaikum

Paru Tu Sedappp laaa Bonda....Tapiiii Kak Leen Seorang Jer Yg Makan Paru...Yang Lain-Lain Tak Suka....Boleh Tak Di Ganti Dengan Hati?
Fri 28-Sep-2007 03:37
Posted by:Kak Leen  - [Link]
paru tu kita suka jugak.. tp tak pernah masak sendiri lagi.. dok beli jer...
terliur wehhh tengok pucuk ubi masak lemak tuuuuu.... harus nak kena cari gak niieee...
Fri 28-Sep-2007 07:54
Posted by:MaDiHa  - [Link]
best nya juadah2 berbuka puasa ni, lagi2 bingka ubi
yang tok masak, pulut kuning yang tok masak, bertuah
nya badan dekat dengan mak dan tok, nak makan apa
pun dia masakan selamat menyambut hari raya aidil fitri
bonda, maaf ye kalau tersilap kata dari auntie, dan halal kan
resepi2 bonda, yang auntie gunakan untuk masakan auntie
di sini
Fri 28-Sep-2007 12:17
Posted by:umi-kal  - [Link]
Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin
Daripada,
http://www.idd.host.sk
Dan Sekeluarga.
Sat 29-Sep-2007 10:41
Posted by:idderes  - [Link]
-----------------------------------------------------------------------
jengah2 la http://la-mia-galleria.blogspot.com/
mcm2 assesories ada.....
Sun 30-Sep-2007 04:48
Posted by:mrs_shah  - [Link]
Sedapnya paru masak pedas tuh. Sab mmg suka makan tapi tak pernah masak sendiri. Boleh lah Sab cuba resepi bonda ni.. Alhamdulillah.. murah rezeki bonda dok tempat baru erk.. bisness pun makin kencang.. skill pun dah setara dengan profesional ni..

ppsstt: Ecah sihat? Ye lah.. Ecah kecik lagik.. mana bleh poser.. hehehe
Sun 30-Sep-2007 15:09
Posted by:Sabrina  - [Link]
Hu hu hu hu... ..Kakrinn punya kesukaan ni duluuuu...pantang jumpa especially yg goreng garing2 tuuu..makan sampai tak hengat !!..Last2 masuk hospital sebab allergic, habis satu badan bengkak kena lopak garam...masa tu sekolah rendah lagik!!..
Lepas dari insiden tuu..tak berani sentuh dah..tengok dengan linangan airmata bila terhidang depan mata..tapi sesekali tuu curi2 jugak secubit dua makan !!!!...Mujur tak apa2..
Mon 1-Oct-2007 00:21
Posted by:rinnchan  - [Link]
lama jugak tak makan pucuk ubi dan paru tu....mmg sedap sesgt...dan bengkang ubi mmg menarik sgt dr cheesecake tu..if kat rumah kita,suami mesti pilih bengkang ubi tu...ada resipi tak? Mon 1-Oct-2007 18:41
Posted by:cek de sam  - [Link]
>> paru masak pedas ni yang best...
>> cukup minat wo...
Wed 3-Oct-2007 15:43
Posted by:jeff  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

web02.fp.pidgintech.com