By: raqin rafiqyn

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 20-Sep-2007 00:58 Email | Share | Bookmark
Tiramisu & Choc Chip Muffin

Berry Cherry Tiramisu
Choc Chip Muffin
 
 
Ni pon projek smlm jugak..berkejar2 buat semua ni.. balik keja buat muffin dulu.. pastu besday zafri, pastu baked plain choclate cake dan last skali buat tiramisu plak..untuk customer baru lagi.. akhirnya semua siap jam 1.30 pagi.. Alhamdulillah.. ecah pon tunggu sampai bonda selesai semua baru dia masuk tdo.. sian dia.. tak sempat nak manja2 dgn bonda.. abah ecah lak skarang ni keja kat alor star, seminggu sekali baru balik.. bertambah2 kesian lak bonda kat ecah tapi nak buat camna kan... seperti biasa dan mcm dulu2 gak.. ecah dok dgn bonda je lah tiap2 hari.. abah jumpa skali skala je..


Quote:
CHOCLATE CHIP MUFFIN
Sumber: Kak Roylazim

6 biji telur ( saiz B)
150gm choclate chips
250gm insalted butter - cairkan
50gm serbuk koko - ayak
2 sk baking powder - ayak
200gm gula aising - ayak
200gm tepung gandum - ayak

Cara:
1. Masukkan telur dlm mangkuk. Pukul sampai berbuih. Tak payah guna mixer.
2. Masukkan kesemua bahan2 yg diayak. Kacau
3. Masukkan butter cair. Masukkan choclate chips. Kacau sebati.
4. Isikan adunan ke dlm cup muffin, 3/4 penuh.
5. Bakar dlm oven dgn suhu 170c selama 30 minit.

**~~ bonda ayak gula aising sket kat atas muffin tu lepas dah masak & tabur choclate rice.


BERRY CHERRY TIRAMISU

Resepi utk tiramisu tu sama mcm resepi kat entry 'Tiramisu & Choc Moist' cuma bonda campak2 je buah berry dgn ceri yg dibelah 2 dlm adunan tiramisu..yg lain tu sama je..
Memandangkan buah mulberry tu tgh lebat berbuah, sebab tu asek letak buah tu je atas kek2 yg bonda buat.. kluar rumah terus p petik je kat depan laman..ecah pon suka.. buah mulberry ni kalau yg warna merah rasa dia masam sket.. tapi kalau kaler dia bertukar jadi hitam..mmg manis..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net