By: raqin rafiqyn

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 17-Sep-2007 01:19 Email | Share | Bookmark
Jelly Fruit Cake

 
 
Ni Jelly Fruit Cake yg takdak jelly ... sebab pa takdak jelly, sebab abg bonda tak suka mkn jelly.. ni actually buat special for his besday on 13/9/07 aritu.. sebab dia tak suka mkn jelly maka kek ni takdak la jelly kat bahagian atas fresh fruit tu... bonda ambik resepi kat MyResepi.. tukang buat kek ni Mat Gebu.. thanks Mat..kek ni senang ja nak buat walaupun nampak mcm susah..



Quote:
JELLY FRUIT CAKE
source : Mat Gebu - MyResepi
(bonda copy paste je)

Bahan-bahan
1 keping kek span, berperisa vanila berukuran 9 inci

BAHAN2 UTK KASTARD:-
400 ml susu segar
2 biji kuning telur
50 g gula halus
20 g tepung jagung
20 g tepung gandum
4 g serbuk jelly
1 camca teh esen vanila
1 camca besar mentega dan secubit garam

BAHAN2 LAIN:-
Buah2an pilihan masing seperti, peach, strawberry, laici, kiwi dan sebagainya.
Sedikit jem aprikot
1 cawan flakes almond, dipanggang sebentar

BAHAN2 UTK JELLY:-
700ml air
6 g serbuk jelly
100 g gula

Cara-cara:
Biarkan kek berukuran 9 inci hingga betul2 sejuk dan potong kepada 2 bahagian. Gunakan satu bahagian saja.
Masukkan kek tadi kembali ke dalam loyang berukuran 9 inci, yg telah dilenser sedikit bhg tepi tin dgn mentega.

UNTUK KASTARD:-
Satukan semua bahan kecuali mentega, dalam satu bekas tahan panas. Masak atas air mendidih secara double boiler. Masak hingga pekat, tapi jgn terlalu pekat. Angkat dan masukkan mentega, gaul hingga sebati.

Tuang kastard tadi ke dalam loyang yg berisi kek, ratakan sehingga memenuhi permukaan kek dan bahagian yg kosong. Susun buah2an mengikut kreativiti masing2.

UNTUK JELLY:-
Larutkan serbuk jelly, gula dan air. Masak di atas api perlahan sehingga mendidih. Angkat dan tuang perlahan atas buah2an tadi. Biarkan sejuk dan simpan dalam peti sejuk 1 jam.
Bila sejuk dan jelly beku. Keluarkan dari acuan, sapu tepi kek dgn jem aprikot dan tepekkan dgn flakes almond tadi.


*** Jelly tu bonda tak buat.. jem aprikot pon tak boh pasai kat kedai dah abih jem tu.. dan almond flakes pon bonda tak boh...cuma sukatan gula bonda kurangkan sket.. untuk buah, bonda guna kiwi, oren, ceri & mulberry.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net