By: raqin rafiqyn

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 17-Aug-2007 00:31 Email | Share | Bookmark
Rendang Ayam Pedas

 
This week mmg masak cincai-boncai ja... (eleh alasan terhormat lak..ekcelly bukan this week je.. mmg tiap2 hari cincai pun!) tapi dlm cincai tu tingin la plak nak makan rendang.. maka bersilatlah di my small kitchen tu memproses bahan2 utk dibuat rendang.. makkkkk aiiii.... masa dok tunggu masak tu wanginya bau...ni yg tak sabaq nak makan! bila dah siap, bonda pon hidang le atas meja, tetiba abah tanya... "buat rendang ka? mana pulut?" lorrrrrrr.... tak semestinya makan dgn pulut kan.. makan la dgn nasi ke... cicah dgn roti ke.. pun boleh kan... kalau org lain tak penah makan... kita makan la.. mmg ler rendang ni lebih sesuai makan dgn pulut, ketupat, lemang dan yg sama spesis dgnnya tapi kalau nak makan dgn nasik jugak2.. suka hati kita la.. mulut kita yg nak makan kan.. hihihihihiiii... tapi abah kata sedap.. maklum la dah 4 thn kami kawen tapi dia tak penah rasa rendang yg bonda buat.. selalunya bila bonda masak rendang, mesti dia takdak kat umah.. ni kira rezeki dia la... sementara buleh makan masakan bonda ni, makan je lah..



Quote:
RENDANG AYAM PEDAS

1/2 ekor ayam - dipotong kecil
500 ml santan pekat
5 s/b minyak masak
4 s/b cili kering yg telah dimesin (guna ciliboh je kalau tak rajin)
1 batang serai - diketuk
1 helai daun kunyit - dihiris halus
4 batang serai
1 s/b kerisik
garam & gula secukup rasa

Utk dikisar halus
( + 1/2 cawan air )
3 batang serai
5 cm halia
5 cm lengkuas
1/2 biji bawang besar @ 4 biji bawang merah
2 biji bawang putih
15 biji cili padi (kurangkan kalau tak tahan pedas)

Cara:
1. Panaskan minyak, tumis bahan2 yg telah dikisar + cili mesin/ciliboh lebih kurang 10 minit. Kacau sesekali.
2. Masukkan santan, isi ayam dan serai yg telah diketuk. Kacau sesekali.
3. Bila santan makin pekat, masukkan kerisik, daun kunyit. Kacau sebati.
4. Biar hingga santan betul2 pekat dan melekat (kuah makin mengering), masukkan garam & gula secukup rasa. Kacau sebati. Tutup api.


yg ni saja je ambik gambar.. feveret ecah! kalau buat sup camni, mmg selera la dia makan



Quote:
k. Ida - kalau tak tahan.. makan ler...skang kan belum bulan posa.. nanti dah masuk ramadhan laaagiii tak tahan!

Jie jie - seeedapppp tapi pedasnyaaaaa...

k. lynn - rendang tunjuk2 ke?

k. liza - kak liza terliur tapi asben bising sebab pedas kan.. bonda asben tak bising sebab dia suka yg pedas2 tapi bonda ler bising sebab skarang ni dah tak brapa nak buleh makan pedas2 sgt!

k. intan - skarang ni kat jln duta lagi.. putrajaya tu sekejap jer..

annie - yup! bukan release tensen jer... buleh ilangkan boring dan kalau terlebih masak memasak.. takdak tukang makan.. sudahnya diri sndiri yg tlg habiskan.. last2 diri sndiri jugak yg dpt title '3G'

zuera - tak nak cuba ke?

Hajar / Jeff lamabat lagi nak raya kan... (eleh posa pon belum dah sibok nak raya.. )

K. Roy - bukan stakat sedap tapi buleh bukak selera!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net