By: raqin rafiqyn

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 31-Jul-2007 03:45 Email | Share | Bookmark
Ayam Kalasan

 
Ambik cuti dari Jumaat sampai la Isnin semlm.. mak mentua dgn abg ipar & family dia mai umah.. actually abg ipar bonda tu ada konvo oum kat pwtc pada hari ahad.. memula tu ingat malas nak cuti tapi bila pikiaq2 balik, ambik ja lah cuti.. jumaat tu mmg cuti rehat.. isnin lak cuti kecemasan.. pasai hari2 kena ujan.. mmg rasa mcm sakit2 ja badan ni.. bgn ja pagi semlm rasa pening2 lalat ja.. sms kat big boss bgtau tak sehat dan nak emergency leave.. dia reply.."OK".. pagi tadi ujan lagi.. bonda ni dah la merempit ja mai ofis.. basah lagi.. cuma tak le kuyup mcm tetiap petang last week.. last week asal petang ja ujan.. asal ujan ja... petang.... nak lepak kat ofis lama2 pon malas sebab keja kat ofis dah siap.. so pederaih jugak la dgn motor kapchai tu balik umah... abeh lencun!
hari ni pon selsema tak baik lagi... demam pon sat kebah..sat panaih balik...
berletiaq panjang pulak nooo.. kita straight to the menu lah...... ni antara menu2 yg bonda masak masa depa mai... ada yg tak ambik gambaq pon.. yg mana rajin ja baru nak ambik...



Resepinya bonda dah penah tepek dlm entry yg lepas.. saja pakai acuan lompang pasai acuan puteri ayu ni dah tinggai sket.. yg lain ilang p mana ntah.. tapi cubaan kedua ni mmg jadi, lembut dan sedap sungguh!! kuih ni mmg feveret mak mentua.. bila dia asek dok puji ja.. rasa mcm flying without wings ja.. .. maklum la.. dlm ramai2 menantu dia.. bonda la menantu hantu yg cemerlang gemilang & terbilang pasai depa slalu labelkan bonda tak reti masak dan tak reti buat apa pon.. ceh..sian kat aku! camna nak tunjuk skill kalau sesekali balik umah mentua, bonda asek jadi pemerhati yg setia je.. bonda ni kalau ramai2 dok kat dapor tu mmg harus la aku tak reti nak tlg apa pon.. padan muko den!! kalau nak bonda masak, semua org wajib dok depan, ecah je yg kubenarkan tlg kat dapur..


Quote:
Ayam Kalasan
Sumber : Variasi Masakan Selatan oleh Norzailina Nordin

Bahan-bahan
500 ml santan dari 1 biji kelapa
1 ekor ayam potong 8
1 sudu makan kicap manis ( i used kicap masin..+ madu sket )
1 sudu teh kunyit serbuk
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak

Bahan (A) ditumbuk kasar
6 cm lengkuas
5 cm halia
4 cm kunyit
5 ulas bawang putih
5 batang serai
2 biji bawang besar

Cara Membuatnya

Perap ayam bersama kicap, serbuk kunyit dan garam selama 1 jam.
Rebus ayam dengan santan dan bahan (A). Tambah gula dan garam secukup rasa.
Bila ayam setengah masak, angkat ayam dan letak di dalam penapis. Toskan bahan rebusan. Ketepikan.
Panaskan minyak, goreng ayam hingga keemasan. Letak di dalam pinggan.
Goreng pula bahan rebusan yang ditapis di dalam minyak tadi. Bila sudah garing, angkat dan taburkan di atas ayam tadi.




Quote:
kak kuzi - ada bonda tepek kat entry yg lepas utk resepi seri ayu tu..nanti kak kuzi check eh..

Sab & Mamafami - apa nak buek... pandangan org kan... baik kita low profile je.. tapi best gak.. sebab boleh goyang kaki je..

Penyulawa - lapaq ka? jom makan nasik dgn ayam kalasan!

Jie-Jie - rasa dia sedap! tak pecaya? tanya bonda..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net