By: raqin rafiqyn

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 20-Jul-2007 01:20 Email | Share | Bookmark
Coffee Almond Cake

 
Bos kecik order untuk jamuan division.. dia kata wat la kek apa pon.. nanti boss besar bayar.. pk punya pk.. bonda wat kek kopi badam.. slmat menjamu pandangan!



Quote:
COFFEE ALMOND CAKE
source : majalah rasa
alter by : bonda raqynrafiqin

Bahan2 A
120 gm tepung naik sendiri
80 ml air
55 gm gula kastor
4 biji kuning telur
1 1/2 sk coffee emulco
1 sk esen vanilla
4 sb minyak jagung

Bahan2 B
60 gm gula kastor
4 biji putih telur
1 sk cream of tartar

Bahan C
70 gm badam cincang

Cara:
1. Pukul Bahan2 A hingga sebati.
2. Di dlm bekas berasingan putar Bahan2 B hingga hampir2 menjadi meringue.
3. Masukkan bahan A dan Bahan C ke dalam Bahan B. Kacau perlahan.
4. Bakar dalam loyang bulat, suhu 180c selama 45 minit atau sehingga masak.
5. Biar hingga sejuk n deco as you wish..


Dalam resepi tak suruh boh badam pon.. bonda saja gatai tangan nak boh.. sebab nak bila gigit tu terasa kacang2 sket dlm mulut.. maklum la.. buat kek ni utk jamuan division sendiri so of course la bonda pon makan sama kek ni kan.. so buat mengikut selera sendiri lah.. tapi lapisan bawah dia tu nampak mcm tak gebu tapi isi kek tu mmg masak elok.. bahagian atas dia mmg lembut je... dan semua badam2 tu jatuh terjelupuk kat bawah skali jadi mcm crust plak.. manis kek ni sedang elok je bagi bonda..dan kek ni sedap.. nanti bleh masuk dlm menu hari raya..



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net