By: raqin rafiqyn

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 5-Jul-2007 02:38 Email | Share | Bookmark
Petua (1), Potato Carrot Bun

 
Entry kali ni mcm2 sket.. tapi bonda nak share petua dengan kengkawan fp yg lain..Petua kali ni hanya petua2 yg menggunakan lemon, limau nipis dan oren je... Bonda dapat petua ni daripada web Azdriana9 dan Family Azam.. ada juga yg bonda dapat dari majalah dan petua org-org tua.. Selalunya petua2 tradisional ni kena amalkan selalu baru nampak keberkesanannya. Kalau setakan try skali dua jer memang tak jadi..
kalau ada kengkawan yg tau petua2 selain dari apa yg bonda tepek kat sini... boleh la share skali..




Menghapuskan Urat Timbul di Kaki Waktu Mengandung
Campurkan sebuku ragi, sedikit air limau nipis dan air sehingga sebati. Sapukan pada urat yg timbul pada setiap malam. Apabila tidur letak kaki di atas bantal supaya kaki lebih tinggi sedikit.

Senggugut
Amalkan petua ini tiga hari berturut-turut. Ambil 7 biji limau nipis dicampur dgn segenggam beras lalu diembunkan semalaman. Minum air tersebut pada sebelah pagi sebelum bersarapan.

Menghilangkan Jeragat - (bonda tgh try..alhamdulillah, dah nak hilang..)
Cuci muka sehingga bersih. Ambil sedikit telur putih, campur dengan sedikit air perahan lemon. Sapukan ke seluruh wajah dan biar semalaman. Kalau tak tahan, 15 minit pon dah memadai. Cuci muka dengan air suam. Kemudian cuci dgn facial wash dan bilas dgn air sejuk dari peti sejuk.

Mengempiskan Perut
Campur minyak kayu putih, kapur sirih dan air perahan limau nipis. Gaul sebati dan sapu di perut. Balut dengan kain/girdle/bekung.

Menghilangkan Hitam di Ketiak
Campur air perahan limau nipis dengan kapur hingga sebati. Sapu pada ketiak sebelum mandi. Biar ia kering, kemudian bersihkan.

Membuang Toksid Dalam Badan
Cara paling senang, mudah dan jimat. Perah sebiji limau nipis ke dalam satu gelas air suam. Minum setiap pagi sebelum sarapan diikuti segelas besar air putih pada setiap jam berikutnya.

Melangsing Badan 1
Perah sebiji limau nipis atau setengah biji lemon ke dalam satu gelas air suam. Minum sebelum tidur. Boleh jugak diminum selepas makan tengah hari dan makan malam.

Melangsingkan badan 2
Melangsingkan badan,cara paling mudah dan murah ialah:
1-Dua biji lobak merah dipotong
2-Sebiji mentimun segar,
3-Sebiji limau nipis,
Kemudian ketiga-tiga bahan ini dikisar dan diperah airnya untuk diminum.Amalkan dua kali sehari setiap pagi dan malam. Insyaallah badan yang gedempol akan beransur langsing dan menarik.


Tubuh Harum & Segar
Cincang halus-halus kulit buah oren. Celur di dalam secawan air panas yang telah mendidih. Biar hingga menjadi kuning dan berminyak. Sapukan air limau tersebut ke seluruh badan setiap kali selepas mandi. Insya'allah tubuh anda akan berasa sungguh harum dan segar.

Merdukan Suara
Merdukan suara dengan air suam yang diperahkan limau nipis. campurkan gula batu dan biarkan semalaman. Keesokkannya, sebelum gosok gigi atau berkumur dan minum air itu.


Untuk entry makanan lak.. bonda wat bun sempoi jer.. untuk abah makan malam2..tepung dia bonda beli yg ready made.. "Potato Bread Mix".. balik umah ikut jer arahan yg tertera kat belakang bungkusan tepung tu...cuma kali ni bonda tambah sebiji carrot yg bonda parut halus, raisins sket, sebiji setengah bawang besar yg dihiris bulat2, pastu letak rosemary dgn serbuk basil sket atas roti tu.. dah siap.. roti pon bau wangi jer..ada rasa kentang, rasa carrot, rasa raisin dan rasa bawang..





Lagi apa ye.. hmm..rasanya bonda nak share SMS yang bonda dapat daripada anak menakan dan sahabat bonda baru-baru ni..

From Ros Shana Marlisa.. My Beloved Anak Menakan
"Seseorang yang istimewa bukan yang selalu di depan mata, yang sentiasa di sisi,
tetapi.... dia yang setia di hati....... dan..... diingati dalam setiap bisikan doa-doanya...."

yang ni lak lawak sket..

anda gagal dalam KEHIDUPAN..?!
merasa anda DIPULAUKAN..?
tiada tempat MENGADU..?
ingin MEMBUNUH DIRI???!!

call me:
KEDAI KERANDA
07-6996969
7 PG - 7 MLM

From My Buddy.. Nor Amoi
The happiest people don't necessaryly have the best of everything, they just make the best of everything..."



Saja nak buang masa... baik kama mahupun bonda.. kalau balik umah awai2 mmg takdak sapa... walaupun ada ecah tapi pengasuh tak bagi ambik awai.. maybe sebab pengasuh dia sunyi kot.. sebab anak2 dia pakat2 p further study.. kali ni kama lak blanja bonda.. pekena roti bakaq dgn ayaq cham ais kat Old Days Kopitiam, Plaza Damas...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net