By: raqin rafiqyn

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 29-Jun-2007 02:11 Email | Share | Bookmark
Puding Soya

Puding Soya
Durian..
 
 
Puding Soya
Sedap... sedap mcm taufufa... mudah dan cepat nak sediakan... ecah pon suka makan.. air soya ni beli je kat pasar malam..singgit jer sebungkus..balik umah dah tak sampai 30 minit pun nak sediakan puding ni.. dpt byk lak tu.. kalau beli taufufa kat pasar malam, satu bekas tu RM1.. nak share ramai2 pon tak leh.. nanti tak cukup lak.. bila wat sendiri ni.. walaupun cuma ala-ala taufufa tapi mmg puas le makan..



Quote:
PUDING SOYA (setelah dialter)
Sumber : Yanie, Myresepi.

Bahan2:-
1 bungkus air soya tanpa gula (dlm 850ml)
2 sb gelatin + 2 sb air panas (kacau hingga gelatin larut)
1 1/2 s/b serbuk agar-agar warna hijau (paras rata)
1 sk esen vanila
beberapa titis pewarna hijau

Sirap:
Gula merah
Gula pasir
Air secukupnya
1 helai daun pandan

Cara2 (Puding):
1. Panaskan air soya dengan api perlahan.
2. Bila air soya dah panas, masukkan pula larutan gelatin dan serbuk agar-agar.
3. Masukkan esen vanilla dan pewarna hijau.
4. Kacau sehingga semua bahan2 larut dan sebati. Padamkan api.
5. Tuang dalam bekas dan sejukkan.

Cara2 (Sirap):
1. Panaskan air secukupnya dalam periuk.
2. Masukkan gula merah, gula pasir dan daun pandan
3. Kacau hingga gula hancur. Tapiskan.
4. Bila puding dah keras, tuangkan sirap gula melaka ke atas puding.

* Enak dimakan sejuk.


Quote:
PUDING SOYA YANIE
(original recipe)

Bahan-bahan ( 5 )
500ml air soya tanpa gula
10ml gelatin + 2 sudu besar air panas
sirap gula melaka secukupnya

Cara-cara
Panaskan air soya dengan api perlahan.
Bila air soya dah panas, masukkan pula gelatin yang telah dicampur dengan 2 sudu besar air.
Kacau sehingga semua gelatin larut. Padamkan api.
Tuang dalam bekas dan sejukkan
Bila dah keras dan sejuk bolehlah makan dengan sirap gula melaka.


Yang ni plak Kama bagi... rasanya sebab masa p pasar malam petang semlm dgn dia, bonda kata teringin nak makan durian tapi tak terbeli jer time tu... so tghhari sabtu tu dia mai umah bagi pulut, kuah durian (serawa) dan buah durian sebiji..alhamdulillah... rezeki..lepas gak kempunan..



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net