By: raqin rafiqyn

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 25-Jun-2007 03:19 Email | Share | Bookmark
Blueberry & Carrot

Blueberry Cheesecake
Buttery Orange Carrot Cake
Jom layan mata tgk kek yg ntah apa2 ni...


baru blajar buat bunga... tu pon tgk kat buku.. huduhnye....takpa..bonda kena chaiyok-chaiyok!!

Yang ni lagi satu.. kek yg paling huduh di dunia... hukhukhukkkk.. deko kek ni masa tengah tensen.. so moral of the story..jgn ler sesekali deko kek masa kepala tgh bengang.. hihihiiii.. malu nak tepek kat fp ni.. tapi untuk kenang-kenangan diriku sndiri maka ditepekkanlah jua... don't laugh-laugh haa..


Quote:
BUTTERY ORANGE CARROT CAKE

Bahan :
250 gm butter
310 gm gula kastor
1/2 s/b esen oren
1/2 s/b pati oren sunquick
2 titis pewarna kuning/oren
4 biji telur
180 ml jus oren
270 gm tepung naik sendiri
30 gm tepung ros / gandum
1 batang carrot - diparut halus

Cara:
1. Panaskan oven. Griskan loyang dgn kertas minyak/kertas A4 pon boleh.
2. Pukul butter dan gula dgn mixer hingga kembang dan ringan. Masukkan esen oren, pati oren dan pewarna. Pukul rata. Masukkan 1 telur dan pukul rata. Pukul hingga habis keempat2 telur. (pukul sebiji demi sebiji).
3. Masukkan carrot yg telah diparut. Pukul rata lagi.
4. Masukkan tepung berselang seli dgn jus oren. Kacau sebati hingga habis semua tepung dan jus oren.
5. Tuang dlm loyang dan bakar dalam oven selama 50 minit - 1 jam pada suhu 170c atau hingga masak.


Quote:
BUTTERCREAM 1 (kadang2 guna buttercream resepi lain.. tapi tertinggal kat umah lak!)

250 gm shortening / butter
125 gm krimwell
130 gm gula aising - diayak
1 s/k esen vanilla

Putar shortening dalam 10 minit. Masukkan krimwell dan putar lagi hingga adunan sebati. Masukkan sedikit gula aising dan putar lagi. Ulang langkah tersebut hingga semua gula aising habis. Masukkan esen vanilla dan putar lagi.

** Putar guna low speed.
** Lagi lama putar lagi mudah nak lepa buttercream ni.. bonda putar semua bahan2 ni dlm 30-40 minit.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net