By: raqin rafiqyn

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 4-Jun-2007 00:42 Email | Share | Bookmark
Demam Rindu & Mee Sanggul Bungkus

 
 
2.6.2007 - Sabtu - 5.30 pagi
Dari jam 4 pagi bonda dah terjaga dari tidur.... belek je muka ecah berkali-kali.. peluk dia..kiss dia puas2.. tak jemu2 tgk dia tgh tdo..berat betul nak lepaskan dia pegi...walaupun cuma 4 hari.. tapi mmg berat hati.. iyelah.. ni second time nak berjauhan daripada dia.. dulu masa dia umur 2 bulan mmg penah skali bonda tinggalkan dia kat kampung sekejap.. masa tu baru lepas pantang.. sekejap tak la sekejap sgt.. 2 minggu lebih juga.. tapi masa tu bonda tinggalkan dia bukan sebab takde pengasuh kat kl ni.. tapi masa tu bonda sakit mata.. dpt mc seminggu.. kalau bonda bawak balik kl, takut jangkit kat dia lak.. ni bila dah cecah umur 1 thn 9 bulan.. dan dengan keletahnya yg bermacam-macam, dah boleh cakap skit2, dah bleh berleter kat bonda skit2 bila dia marah dan skarang ni..rasa mcm tak sanggup je nak biar dia pegi.. tapi apa nak buat.. pengasuh ecah nak balik kampung.. dia nak sgt bawak ecah balik skali.. tak nak kasi pon.. dia beriya-iya mintak.. tak sampai hati lak nak kata tak boleh..mungkin sebab dia cuma jaga ecah je.. dan kebetulan dia takde anak perempuan.. ecah sorang tu jelah baby girl yg dia jaga.. mmg nampak dia sayang sgt kat ecah tu.. tapi bonda lagi la sayang kan...so dlm kul 5.15 pg, bonda turun hantar dia ke kereta dgn abah dan pengasuh dia. Dlm keta, bonda minta ecah salam, dia tak nak.. dia tolak tgn bonda.. mungkin dia ingat bonda nak ambik dia balik kot.. mungkin dia syok nak naik keta p Kelantan... 4 hari lak tu!.. Dlm hati tak putus2 doa dia selamat pegi dan slamat pulang ke pangkuan bonda hari selasa ni...

3.6.2007 - Ahad
Dari semlm mmg takdak mood nak buat apa pon.. keja bonda asek tdo je.. mcm nak demam pon ada... rindunya kat ecah.. bila dia takde kat umah.. sunyi sepi betul rumah ni... kalau ada dia, ada jugak kawan nak bergaduh, nak bergurau, nak bersembang.. tdo mlm pon asek mimpi dia je.. mungkin sebab rindu sgt kot.. bonda tdo pon dgn bantal2 dia.. uwaaaaaaaa rindunya..
Lunch.. tau nak masak apa.. nak makan nasi pon mcm takdak selera.. so bonda masak mee sanggul jelah.. tapi malas nak goreng-goreng.. bila dah siap, nak kata rupanya mcm mee kungfu yg slalu bonda makan kat kedai tu mcm tak plak.. mee kungfu kan kuah dia mcm putih skit.. ni kaler kuahnya mcm keruh skit.. tanya abah.. nak panggil mee apa ni ye.. so dia kata panggil je mee sanggul bungkus.. boleh ke? blasah jelah!


4.6.2007 - Isnin - kat ofis
Lambatnya nak tunggu ecah balik esok... hari2 bonda tepon pengasuh dia tanya keadaan dia.. pengasuh dia kata dia sronok kat sana... tukang layan dia pon ramai... patut la bonda nak cakap dgn dia pon tak mau.. sronok sgt kot.. takpa lah.. bonda doakan dia sihat dan doakan yang baik2 utk dia..tak sabar nak tunggu dia balik... rinduuuuuuuuuuuuuu



Ni plak menu org malas mcm bonda.... layan jelah!!!


Quote:
MEE SANGGUL BUNGKUS
( untuk 2 org)
Bahan2:
6 ketul mee sanggul - dicelur/direndam hingga lembut
2 s/b kicap
1 s/b sos tiram
( kicap & sos tiram digaul rata dgn mee)

2 biji telur + 1/2 s/k tepung gandum - dipukul kembang
*kalau telur size kecik guna 3 biji.. bonda guna telur size A

Minyak - utk menumis
2 ulas bawang merah - ditumbuk lumat
2 ulas bawang putih - ditumbuk lumat
2 cm halia muda - ditumbuk lumat
Sedikit lada hitam - ditumbuk lumat
Sedikit daging dihiris - ayam/udang/sotong..apa2 jelah pon boleh..
Air - secukupnya
1/2 cawan pes udang - (takde pon takpe..)
1 s/k kicap
1/2 kiub ayam knoor (tak boh pon takpa.. ni balance dlm fridge je)
1 s/b tepung jagung (dibancuh dgn sedikit air panas/ kuah yg tgh masak tu..)
Sayur-sayuran - brokoli/carrot/bunga kobis... suka hati je
Sedikit cili merah - dihiris
3 biji cili padi - dibelah 2
Garam - secukup rasa

Cara2:
1. Panaskan minyak, goreng mee sanggul yg telah digaul dgn kicap + sos tiram,goreng sekejap je. Ketepikan.
2. Panaskan minyak, (api paling perlahan), dadarkan 3/4 bancuhan telur dlm kuali.. (1/4 baki telur utk kuah)
3. Letak mee tadi kat tengah2, lipat telur utk tutup mee tersebut. Terbalikkan perlahan2 dan biar permukaan telur yg sebelah lagi tu masak. Angkat & letak dlm pinggan/mangkuk.
4. Panaskan minyak, tumis bahan2 yg ditumbuk hingga wangi. Masukkan hirisan daging. Kacau sesekali hingga daging hampir masak.
5. Masukkan air dan pes udang. Masukkan kicap, kiub ayam, sayur dan cili. Kacau sesekali.
6. Masukkan baki telur tadi secara perlahan2 dan sambil mengacau kuah dgn perlahan. (supaya pecahan telur tadi nampak skit2 kat kuah)
7. Masukkan bancuhan tepung jagung (utk memekatkan kuah). Masukkan garam secukup rasa. Kacau rata. Siap.
8. Tuang kuah ke atas mee tadi. Makan panas2.





Quote:
Bro Jeff - kalau kat sebelah utara senang nak cari mee sanggul ni.. kat kl ni susah tul nak jumpa.. ni pon bonda beli masa balik kg aritu..

Mamafami- mesti la rindu ma... hari2 dgn dia.. bila takde sunyinya rasa..

Mrs.apple - betoi tu... jauh di mata... susah hati betoi..

Sab - mee sanggul tu boleh digoreng jugak.. rupanya mcm mee kuning je tapi dia lebih lebar dan leper..

Auntie kal - mmg mcm nak nangis pon bila malam menjelang..

Jie jie - tak tau ler rajin ke malas... tapi mak bonda kata mee sanggul ni slalunya org malas je yg masak.

Lynhassan - bonda pon sukeee...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net