Want your
own Fotopage?








 


By: raqin rafiqyn

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 10-May-2007 00:34 Email | Share | Bookmark
Murtabak Maggi

 
Menu ni untuk org yang malas nak masak macam bonda.. buat murtabak maggi ni je utk makan semlm.. got this recipe from my mom.. tingat masa bonda skolah dulu.. mak suka masak ni utk makan tengah malam bila anak2nya lapar..padahal sebelum tu dah makan nasi pon.. tapi asal tengah malam je mesti lapar balik.. tu pasal la anak2 mak semuanya besau2 blaka... menantu2 mak lak kurus2 kering belaka... ... Tapi zaman berubah.. la ni bonda dah tak kuat makan mcm dulu.. tapi yg bonda masak jelah bonda tak kuat makan.. kalau org lain yg masak... bonda makan tak hengat dunia!!




ok.. kita sambung balik pada resepi yg tertinggal.. tadi tergendala sat pasai ada assembly dgn minister..
Ada 2 cara penyediaannya... boleh pilih nak yg mana satu.. 1 cara utk org malas.. 1 lagi utk org rajin
..

Quote:
CARA 1 - untuk org MALAS!

1 peket mee maggi - rebus empuk, tos & ketepikan.
1 peket perencah mee maggi
2 @ 3 biji telur + sedikit garam - dipukul sekembang-kembangnya.

Panaskan minyak masak secukupnya. Api perlahan. Gaul mee maggi dgn perencah hingga sebati. Masukkan telur yg telah dipukul. Gaul sebati. Tuang dlm kuali panas. Bila permukaan bawah telur tu dah masak, terbalikkan mee maggi perlahan2 dan biar seketika hingga telur pada permukaan sebelah lagi tu masak gak. Dah Siap!


Quote:
Cara 2 - untuk org RAJIN

1. 1 peket mee maggi - rebus empuk, tos & ketepikan.
2. Minyak untuk menumis
3. 2 ulas bawang merah & 2 ulas bawang putih
4. 1 s/b cili kering yg telah dimesin / ciliboh
5. 1 s/b kicap
6. sedikit udang @ daging @ ayam @ sotong.. etc...
7. sayur-sayuran (sawi, bunga kobis, carrot..etc..)
8. cili padi skit - dihiris
9. fishball & fishcake
10. 2 @ 3 biji telur + secubit garam - dipukul sekembang2nya.

Cara sedia:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah & bawang putih hingga layu.
2. Masukkan cili mesin dan kicap. Kacau hingga cili garing skit.
3. Masuk udang/daging/ayam. Kacau seketika.
4. Masukkan sayur, cili padi, fishball & fishcake. Kacau hingga hampir masak.
5. Masukkan mee maggi tadi. Gaul sebati. Angkat.
6. Panaskan minyak (secukupnya) skali lagi. (kalau rajin, basuh le dulu kuali tu..hihiiiiihiii)
7. Perlahankan api dan tuang suku telur yg telah dipukul tadi ke dlm kuali dan ratakan seperti membuat telur dadar.
8. Campur separuh telur yang tinggal dgn mee maggi yang telah digoreng tadi. Gaul sebati dan tuang maggi ke atas telur di dlm kuali.
9. Ratakan2 maggi tersebut. Biar seketika hingga lapisan telur yg di bawah masak.
10. Tuang baki telur ke atas lapisan maggi tadi dan terbalikkan maggi tersebut perlahan-lahan.
11. Kemas-kemas bahagian tepi telur tu.. (lipat dlm ke skit2 supaya nampak kemas)
12. Bila agak2 dah masak tu..boleh le angkat!


TIPS..
~ kalau mee maggi yang lepas digoreng/digaul dgn perencah tu nampak byk, maka guna le 3 @ 4 biji telur.. kalau nampak skit je..2 biji telur pon dah cukup.
~ boleh goreng maggi mcm kita goreng mee/goreng bihun..pendek kata.. suka hati ler nak goreng camne pon..
~ suka hati masing2 le nak pedas ke.. tak nak pedas ke..
~ lepas dah siap, boleh le paipkan sos cili ke sos tomato ke atau mayonis ke atas murtabak tu..sedap jugak.. bonda punya sos n mayonis dah kehabisan stok.




Quote:
Bro Jeff - kalau letak telur2 byk2 sgt..nanti rasa telur..letak perencah maggi byk2 lak..maka rasanya mcm rasa mee maggi la.. kalau tak letak.. rasa mcm murtabak maggi.. bukan rasa mcm murtabak kat pasar mlm tu tau.. try le buat tgk.. nanti habaq kat bonda.. bro rasa camna murtabak maggi ni ye??
dan satu lagi.. appreciate kat bro sebab bro yg paling byk kasi komen kat fp bonda ni dan bonda tgk bro rajin bagi komen kat kengkawan fp yang lain.. Thanks so much!!

Ida Isk - bukan ida je yg pilih..bonda pon kadang2 mmg pilih jugak kalau no choice..

Sabrina - rasanya org2 sebelah utara je kot yg ramai penah dgr murtabak maggie ni..

Auntie Kal - sesama la auntie...apa kata lepas ni auntie try buat lak!

Mamazieza - kat sebelah kampung bonda slalu org bawak murtabak maggie ni p umah kenduri..simple dan cepat..ye tak..

Cak - bonda pon jarang masak benda ni.. tapi bila habih modal..wat jugaklah...

arrembawi - dah habih ke examnye.. boleh buat tak?

zana -

Mamafami - mama kan terer masak.. kalau mama masak apa pon mesti sedap.. tambah2 yg simple mcm ni..lagi la.... mama pejam mata pon leh buat..

Lee Lin - boleh jer.. alter skit2 resepi tu.. dah bleh taruk nama lain..hihihii..

Kenitra - itulah.. p course sampai oversea.. mmg le asek makan maggie jer..

lynhassan - rasanya ni majoriti menu utk org2 bujang kot noo..

Penyulawa - bonda wat murtabak meggie ni sebab mmg pakai mee segera brand maggie..






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4007038.ip-198-27-81.net