By: raqin rafiqyn

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 19-Apr-2007 03:42 Email | Share | Bookmark
Kek Chiffon Coklat

 
 
Finally... berjaya jugak buat kek chiffon ni.. kek ni one of my favourite.. dah lama tul mengidam nak wat kek ni.. memula tu.. ingatkan susah sgt nak buat.. bila study betoi2 cara2 nak buat kek ni.. rasa2 mcm boleh je.. "BONDA BOLEH!!".. balik keja petang smlm terus masuk umah adun dulu bahan2 Bnya.. sebab bahan B tu kena guna mixer.. ecah takut sgt bunyi mixer atau blender.. sure menangih mcm kena pukul je rupanya.. haiiiiiiiii terpaksalah.. lepas dah siapkan bahan2 B tu baru le p ambik ecah lak.. hihihiii..sib baik pengasuhnya baik..tak kesah sgt kalau bonda ambik ecah lewat.. tapi takleh selalu la..nanti kena pelangkung lak! kek ni tekstur dia lembut dan ringan..sedap sungguh.. resepi ni bonda ambik daripada My Resipi..tukang membuatnya ialah Mat Gebu.. tapi nama asal kek ni adalah Moist Choclate Chiffon.. bonda kurangkan moistnya.. so ilanglah perkataan moist tu.. jgn marah ya Mat.. (kalau marah..bonda jual mat kat chowkit..hihihi)thank you so muchhhhhh Mat Gebu for the lovely recipe.. tabik la kat Mat.. lain kali bonda nak buat lagi.. member2 kat ofis pon kata kek ni sedap..so pada sesapa yg nak try.. try at your own risk ya..


Quote:
KEK CHIFFON COKLAT
( Saiz kek = 23 cm )

BAHAN A:-
100 g tepung halus (tepung gandum pun ok)
1/2 camca teh soda bikarbonat
1/2 camca teh serbuk penaik
1 camca teh esen vanila
50 ml minyak jagung
4 kuning telur (Gred A)
60 g gula halus
1 camca besar coklat emulco*
30 g serbuk koko*
100 ml susu segar. disuamkan*(*disatukan dan gaul rata, sejukkan)

BAHAN B:-
4 putih telur (Gred A)
120 g gula halus
1/2 camca teh cream of tartar

Cara-cara
1. Dalam satu bekas. Satukan ke semua bahan2 A hingga sebati. Ketepikan
2. Pukul putih telur hingga separuh kembang, masukkan sebahagian gula dan diikuti cream of tartar. Terus memukul dan masukkan baki gula. Putar hingga menjadi maringue yg kental
3. Ambil sebahagian maringue tadi dan kaup balikkan ke dalam adunan kek. Gaul rata.
4. Tuang adunan kek tadi ke dalam lebihan maringue dan dgn perlahan kaup balikkan hingga rata dan sebati. JANGAN terlebih gaul.
5. Tuang adunan ke dalam acuan chiffon yg telah dialas dasarnya dgn kertas minyak dan disapu dgn mentega. Sekeliling bahagian dalam tin kek tidak perlu di sapu mentega hanya dasarnya sahaja.
6. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180C selama 35 minit. Jika bahagian tepi kek mengecut sedikit itu tandanya kek sudah masak.
7. Keluarkan dan terbalikkan acuan chiffon tadi dan biarkan sejuk dalam keadaan terbalik. Bila sejuk, sisip tepi tin dgn pisau dan keluarkan kek dari tin.


Quote:
**************************** BILA BONDA BERCERITA ******************************

Kak Zura1827 - cikit cukup ke? bonda kasi secubit je baru tau..

Kak Nabia - mak oiiiiiiiiii byknya dia request tuk gath tu.. abih tu dia bawak perut je ker? takdak idea lagi ni nak bawak apa for our gath tu.. but whatever pon.. tuuungggguuuuuuuuuuuuuuu...

Kenitra - Bahaya????? err...mmg bahaya kalau tersalah mengadunnya.. terus takleh makan.. rugi besau wooo!!

Bro Jeff - yesssssss bonda stuju.. kalau guna coklat..apa pon sodapppp... tambah2 utk penggila coklat macam bonda... pantang nampak coklat.. terus teruja!!

Jie-jie - ala aye... kalau sesekali takkan gemuk nye heehhhhhh...lain le bonda ni..mmg tgh menggumukkan badan yg sedia gumuk ni...

Kak zanaz - dah seminggu berlalu ni... dah beli ke acuan chiffonnye tu?

Ida Isk - coba jgn tak jgn cobo noooo... mmg senang dan sedap!

Rinnchan - yaaaaaaaaa tima kasih... very excited woooo bila kek yg diidam-idamkan menjadi utk pertama kalinya.. sungguh syok!

Auntie Umi Kal - sesama la auntie.. cilok ja resepi kat sini.. mana2 pon boleh.. sebab saya pon suka cilok resepi org gak.. bukan pa.. nak kongsi ilmu sama2 kan.. nanti kalau dah jadi jgn lupa tepek eh!

Lynda - ya ka dok telan lioq? aku tgk dok meleleh ja kat atas meja hang tu...

********************************************************************************************************




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net