By: raqin rafiqyn

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 16-Apr-2007 01:13 Email | Share | Bookmark
Apam Berbadam Karamel Kukus

 
 
Ni utk breakfast pagi tadi.. bukan la rajin sgt nak buat apam pagi2 tapi nak balas pinggan2 org dari last week tak berbalas-balas.. pa nak buat.. pepagi buta dah petik loceng umah org.. sempat la depa merasa sebelum p keja kan.. resepi ni ambik kat fp mamafami.. tapi telah diubah skit namanya daripada nama asal.. hehehehe.. jgn marah la noo..mmg senang ja nak buat apam ni.. dan hasilnya tidak mengecewakan..hihihiii..


Quote:
APAM BERBADAM KARAMEL KUKUS

Bahan-bahan

150g gula kastor - ( i put 130g)
100ml air panas
70g mentega ~ dicairkan
75ml susu cair
1 biji telur ~ dipukul
150g tepung
1 sudu kecil (paras) soda bikarbonat
secubit garam
75g gula kastor ( i put 60g)
Badam cincang -(Optional) - suka hati nak boh byk mana..

Kaedah penyediaan :

1. Cairkan 150g gula dengan api perlahan, jangan sampai gula menjadi hangus. Bila gula bertukar menjadi karamel (warna perang), tuangkan air panas ke dalamnya. (Berhati-hati akan percikan air gula panas. Cara mengelakkan percikan tersebut dari terkena tangan, balutkan tangan anda yang memegang jag air panas tersebut dengan tuala). Kacau bancuhan tersebut di atas api hingga mendidih dan memperolehi sirap/air gula. Biarkan sejuk.
2. Bila sirap telah sejuk, masukkan mentega cair, susu dan telur. Kacau biar sebati.
3. Ayak tepung, bikarbonat soda dan garam ke dalam mangkuk besar. Masukkan 75g gula kastor dan kacau rata. Buatkan lubang di tengah dan tuangkan sirap tadi. Kaup balikkan bancuhan sehingga sebati.
4. Masukkan badam cincang dan gaul rata.
5. Alaskan loyang bulat bersaiz 7 inci dengan kertas kalisminyak, dan griskan tepi-tepinya dengan mentega. Tuangkan bancuhan ke dalam loyang.
6. Stimkan selama 30 minit atau hingga masak. Jangan buka tudung kukusan sebelum 30 minit atau kek mungkin akan mendap.


Quote:
******************************* BILA BONDA BERCERITA ******************************

Jie jie - tak tahuuu la jie.. dah kat resepi ditaip apam..bonda pon taip apam le jugak..

Cakcibur - mmg banyaaakkkkkkkk stok badam kat umah ni... aritu tersalah beli.. byk paket lak tu.. Aritu p makan kat medan selera sri gombak.. kedai org klate la cak!

Kak Nabia - tu lah... lama tul dia dok menyepi... bila nak merasa eh..bila kita buat gathering next month le kak!

Jeff - boleh la skit2 bro.. kalau ada minat/hobi.. pastu tambah usaha skit.. insya"allah..menjadi nye.. hmm nak cilok resepi?? silakan.. boleh le kita kongsi ilmu masakan skit2 ye

Mrs. Apple - tima kasehh..

Kak Kuzi - try le kak kuzi.. tak susah pon nak wat apam ni..hihihii... bonda pon kalau abah tu bukan kaki mancing.. bonda pon tak kenal gak jenis2 ikan nih..

Kenitra -

Lynda - chef ??? aiyakkk..tunggu la aku p kursus katering/baking dulu noo...

Kak Zana - try jgn tak try...mmg senang kak.. sedap pon sedap.. kalau buat kurang manis..boleh cicah dgn garam+nyoq.. lagi sedap..

*********************************************************************************************************



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net