By: raqin rafiqyn

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 16-Apr-2007 00:06 Email | Share | Bookmark
Rohu & Kailan

 
Tengkiu IDA ROMLI
ni menu utk makan malam jumaat lepas...ikan dari hasil pancingan abah yg kedua utk minggu ni.. mancing ari khamis.. dpt le 8 ekor.. 6 ekor ikan pacu, 2 ekor ikan rohu.. mmg besaq2.. tapi memandangkan tukang makannya tak ramai.. maka kami cuma ambil seekor saja..yg lain sedekah kat jiran2.. aritu dah rasa ikan pacu.. so nak makan ikan rohu lak lah..mmg le sebelum ni dah penah rasa rohu kat umah member si ida romli tu tapi rohu tu kecik je.. tak puas makan.. (jgn marah haa ida..hihihii). Memandangkan dah dpt yg besar ni.. boleh le makan puas2.. tapi idak le puas sgt sebab separuh ikan tu dah bagi kat kama sebab mak buyong ni asek nak makan ikan sungai je.. tinggal lah sebelah utk kami.. bila dipotong2 ikan tu dpt le 4 ketoi.. jadi lah.. Tanya lak dear, nak tak rasa ikan rohu..ye lah..bukan senang nak makan ikan sungai dok kat kl ni.. dia kata nak gak.. panggil dia mai umah.. ajak makan skali taknak plak.. tapaukan dia rohu tu seketoi dan lauk2 lain gak.. abah pon ada kat umah.. boleh la jaga ecah sat..senang skit bonda nak buat keja..
Resepi ni mintak drp ida romli.. walaupun dia kata tak tau anggaran/sukatan utk bahan2.. tapi bonda letak sukatan utk kengkawan lain lak try resepi ni.. mmg sedap masak cuka ni.. (hihihiii prasan lak!) Apapun tima kasih byk2 kat ida romli sebab sudi share resepi ni..luv u la fren!

Menu utk dinner:- (menu yg lain tu tak ambik gambar pon..sebab dah ada kat entry2 lepas)
Rohu Masak Cuka
Kailan Sos Tiram
Telur Dadar
Udang Lipan Goreng
Ulam & Sambal Belacan



Quote:
Rohu Masak Cuka

Bahan:
4 ketul ikan rohu - digoreng dan diketepikan dulu
Minyak - utk menumis
8 ulas bawang merah - dihiris
10 ulas bawang putih - dihiris
3 s/b halba campur
20 biji cili padi - dibuang tangkai sahaja
20 ml cuka
2 gelas air
Garam - secukup rasa
Gula - secukup rasa

Cara :
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih & halba campur hingga naik bau & layu.
2. Masukkan cuka dan kacau rata.
3. Masukkan cili padi dan air. Kacau rata. Biarkan cili padi masak.
4. Masukkan garam & gula secukup rasa. Kacau sebati.
5. Masukkan ikan dan biar hingga (agak2) kuah meresap masuk ke dlm isi ikan.
6. Bila kuah mendidih, tutup api dan hidangkan.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net