By: raqin rafiqyn

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 11-Apr-2007 04:45 Email | Share | Bookmark
Choclate Tart

without topping!
 
This is my new experiment.. abah dah start geleng kepala.. dia tak suka coklat.. ecah pon.. bonda sorang je yg suka.. so rhosek2 stok.. semua bahan yg diperlukan masih ada.. hmmm..try sajalah!


Quote:
TAT COKLAT
~ sumbangan majalah SDK..

Bahan utk Kulit:
125 gm mentega
125 gm gula - ( i put 100gm )
150 gm tepung gandum - ( i used rose flour )
50 gm serbuk koko

Bahan Inti :-
340 gm coklat masakan
180 gm mentega
250 gm telur putih
250 gm telur kuning
80 gm gula - ( i put 60gm )

Bahan utk Lapisan Atas
100 gm coklat masakan
20 gm mentega
5 s/k krim ( i put 3 s/b fresh milk )

Cara:

Kulit:-
1. Campur semua bahan hingga sebati dan gaul hingga menjadi doh.
2. Masukkan doh dlm dulang/loyang/acuan tart. Ratakan dan tekan doh hingga padat.

Inti:-
1. Cairkan coklat masakan bersama mentega secara double boiling. Tutup api.
2. Masukkan telur kuning dan kacau sebati.
3. Pukul telur putih dgn gula hingga kembang.
4. Campurkan semua bahan dan gaul perlahan2 hingga sebati.
5. Tuang di atas adunan kulit tat tadi.
6. Bakar pada suhu 180c selama lebih kurang 20 - 40 minit atau hingga masak.

Lapisan Atas:-
1. Masak krim/susu segar atas api perlahan. (double boiling)
2. Masukan coklat masakan dan mentega. Kacau hingga semua bahan cair.
3. Setelah masak, tuangkan atas tat yg telah dibakar tadi.
4. Sejukkan di dlm peti sejuk sebelum dihidangkan.


Quote:
****************************** BILA BONDA BERCERITA....****************************

Cakcibur - drooolllllll jgn tak droooooooolllllllllllllllllllllllllllllllllllll...

xhensem - aku suruh mkn byk2 hang tak mau.. diet kunun..

Jeff - hmmmmmmm mmg sedap utk peminat cekelat!

Sabrina - sama2.. benda kecik je tu.. takyah le dok pening2 pala pikio nak balas apa.. bonda mmg suka bagi member rasa sorang skit..

Mrs. Apple - yeahhhhhhhh boleh le jadi geng ek..

Lynda - sapa kata tak leh tempah... bisa diatur tuh.. nak order bebila jer cik lynda oiii..

*********************************************************************************************************


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net