By: raqin rafiqyn

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 8-Apr-2007 05:46 Email | Share | Bookmark
Roti, Kek Mocha & Lauk-Pauk

 
 
 

ni utk brekfes...dah lama tak buat roti goreng ni.. ni feveret anak2 menakan bonda.. slalunya kak ipaq bonda kak pah masak ni letak kucai, tauge & udang saja.. bonda malas nak p kedai..hehhee.. boh saja lah stok yg ada..

Quote:
ROTI GORENG

Bahan:
Kulit Roti - secukupnya
Minyak - utk menumis
1 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - ketuk
2 s/b cili mesin/cili boh
2 s/b kicap
Sos tomato - secukupnya
Sos Cili - secukupnya
Air - secukupnya
1 biji telur
1 pokok sawi
Udang - suka hati nak byk mana..
Garam - secukup rasa

Cara:
1. Tumis bawang merah + bawang putih hingga layu, masuk cili boh dan biar hingga pecah minyak. (kacau sekali skala)
2. Masukkan kicap, sos cili, sos tomato, garam, dan air. Kacau sebati.
3. Masukkan sawi dan udang.Bila hampir masak, pecahkan telur dan biar sebentar. Kacau rata.
4. Masukkan kulit roti dan kacau cepat2 hingga sebati. Angkat.

** Tak semestinya nak goreng kulit roti ni ikut resepi bonda.. cara nak goreng kulit roti ni sama je mcm nak goreng mee/bihun/kuetiaw.. suka ati je nak taruk apa pon bleh.. asalkan sedap..


ni plak projek mendeko kek yg tak jadi.. bakar kek tu lepas brekfes..ni kek mocha.. bonda dah alter daripada resepi asal.. tapi tak ingat resepi sapa tu.. sebab majoriti resepi yg bonda print takdak nama pemiliknya.. maaf ya.. Then mengenangkan aising tu ada balance skit lagi..bonda tenyeh ja atas kek tu.. tapi siannya tgk kek bonda ni.. dah jadi semak samun dah... nak bentuk bunga ros pon tak reti.. kena byk blajar lagi lepas ni.. tapi bonda nak ucap tengkiu byk2 pada kak nina bbbatriesya sebab slalu bagi dorongan, tunjuk ajar dan galakan yg membina utk mendeko kek.. insya'allah lama2 nanti maybe bonda akan jadi mahir tapi kena slalu praktis la.. Pratise makes perfect, right??

Quote:
KEK MOCHA
(loyang kecil)

Bahan:
110 gm tepung naik sendiri
110 gm gula kastor - (boleh kurangkan if x nak manis)
2 s/kserbuk koko
1/2 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil soda bicarbonate
100 ml Sunflower Oil
3/4 cawan susu pekat
1/2 cawan air panas
2 s/k golden syrup
2 s/k coffe emulco
2 butir telur

Cara:
1. Panaskan oven pada suhu 180c.
2. Satukan kesemua bahan di dalam mangkuk dan pukul hingga kembang.
3. Tuangkan ke dalam tin pembakar/loyang yg telah digris dgn mentega/minyak. Bakar lebih kurang 35 minit atau hingga masak.


** kek ni bonda buat mmg kurang manis
** bonda masukkan semua bahan dlm blender.. dan blend hingga agak2 sebati dan kembang..(hand mixer ku telah berkecai dikerjakan oleh si ecah itu..huhukhukkk)
** kalau tak sure kek tu dah masak atau belum, boleh cucuk dgn lidi atau cake tester, kalau tak melekat tu kira masak le.. takpon bila nampak kek dah merenggang daripada loyang.. itu pon dah dikira masak gak tu..



Yang ni lak menu simple je utk dinner semlm.. ikan talapia ni hasil abah pancing kat ulu yam ari jumaat lepas dgn member dia shah.. kononnya nak bawak skali masa berkelah kat ulu yam.. tapi terlupa lak!

Quote:
******************************* DE STORY-MORY ****************************

issniceprice2u - nanti bonda visit ya..

xhensem - kek mocha tu rasa dia mcm kopi2 sket!

Jeff - bonda pon hantu udang! nak2 udang galah.. peghhhhhh sedap!

Lynda - kulit roti tu mcm2 kita boleh buat linda.. ikut kreativiti sndiri ja..

Arrembawi - sapa kata rugi tak dpt makan.. nanti balik mesia singgah umah bonda.. insyaallah bonda boleh tlg masakkan..

Mama Muhammad - try la tgk.. jom kita rajin2kan diri ek!

kak kuzi - bonda dulu pon masa fes time tgk, ingatkan kuetiaw goreng.. tapi bila kak ipar goreng ala2 char kuetiaw gitu.. terus rasa nak cuba makan..

***************************** END OF STORY - MORY *******************************


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net