By: raqin rafiqyn

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 3-Apr-2007 04:59 Email | Share | Bookmark
Mince Beef Pie

 
Try buat pai ni malam semlm.. tgk fp sapa ek? maaf la bonda lupa lak.. tapi kulit pai ni ambik resepi mamafami.. inti bonda blasah je.. mengikut stok yg ada dlm peti ais je.. nak taip bebanyak pon rasa mcm tak larat je.. sebab kureng sehat arini...maybe sebab petang smlm bonda balik keja naik motor kot.. redah je dlm ujan2 lebat tu.. dahla tu.. tinggalkan helmet kat motor je.. masa nak pakai balik semlm tgk helmet tu dah boleh buat kolam ikan... tapi nak buat camna.. nak kena balik rumah jugakkan.. blasah la jugak pakai helmet yg dah lencun tu... mak aiiii sejuk sampai ke otak! Bgn pagi ni sah demam!!

Taraaaaaaaaa....inilah hasilnya pai org yg malas.. nak jalin cecantik pai tu rasa mcm kurang sabar je.. dan pada puan2 empunya resepi... mekasih ya ibuk2...nanti2 kita cilok resepi lagi nooo..
Quote:
MINCED BEEF PIE (tajuk je org putih sket..!!)
(ini separuh adunan je..resepi ni pon copy paste sket2 drp fp mamafami)

Bahan (utk kulit pai)
200 g tepung gandum - ayak
100 g mentega
4 s/b air sejuk daripada peti ais (bonda rasa mcm guna lebih skit je)
Garam - agak2 je

Cara/Penyediaan Pai :
1. Gaul tepung dgn mentega dan garam hingga menjadi seperti serbuk roti.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga adunan menjadi lembut dan boleh dibentuk.
3. Rehatkan doh dlm 20 minit.
4. Canai nipis doh untuk bahagian dasar pai. Letakkan di dalam mangkuk kaserol dan cucukkan dengan garpu.
5. Bakar selama 20 minit dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 C.
6. Tuangkan inti ke dalam kulit pai tadi
7. Canai nipis doh yang selebihnya untuk menutupi inti pai. Trimkan bahagian tepi-tepi pai dan tekan menggunakan garpu. Cucukkan perlahan-lahan menggunakan pisau di bahagian atas kulit pai.
8. Sapukan dengan kuning telur dan bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 C selama 40 - 45 minit.

Bahan - inti
Daging / daging cincang - secukupnya
1/2 peket rempah kari daging digaul dgn 1/2 cawan air
1 cawan air
2 s/b cili mesin
1 biji bawang besar - didadu
2 biji ubi kentang - didadu
1/2 biji carrot - didadu
Garam - secukup rasa
Minyak utk menumis

Cara:
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar.
2. Masukkan rempah kari yg telah digaul dgn air. Masukkan cili mesin. Masak hingga pecah minyak.
3. Masukkan daging dgn kentang. Masukkan air dan biarkan kentang hingga hampir empuk
4. Masukkan carrot. Kacau sesekali.
5. Masukkan garam secukup rasa. Siap.


Quote:
**************************** DE STORY-MORY **********************************

MamaFaMi - mekasih la.. itu pon jenuh menganyam gak tu.. nak buat hantaran tak boleh lagi kot.. tak brapa kemas la ma.. skarang ni dah baik demam.. dah ligat dah..

Sabrina - ooo Helli punya pai ya.. bonda lupa la..hihihiii.. tangkai tu sebab nak perabih doh je.. ya ampun la sab.. bukan tak tingat nak pass ke tkt 1 tu.. tapi baru bukak tupperware dah kena serbu.. maaf ya..

Mrs. Apple - rajin sket2 je.. bukan kreatif apa sgt.. kreatif menciplak je!

****************************** END OF STORY-MORY ****************************



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net