By: raqin rafiqyn

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 12-Mar-2007 00:42 Email | Share | Bookmark
Nasi Bonda Dgn Ayam Panggang

 
 
Pasepa nasi ni dinamakan nasi bonda? sebab bonda belasah je bahan2 dia.. bonda ni mmg 'fail' la bab2 nak masak nasi camni... nasi lemakyg senang tu pun slalu fail... lagipun kekurangan bahan2 dan malasnya terik2 nak p kedai... jadi tercipta la nasi yg ntah apa2 ni..tapi abah kata sedap je.. and for the chicken.. bonda ambik daripada fp Zakiah.. ayam dia mmg sedap.. masa dok masak dlm oven.. dia punya bau... perghhhhhhhh tak bleh tahan maaa... tak sabar2 nak mkn!


Quote:
NASI BONDA
(3 org mkn)

Bahan:
A
1 s/b mentega
2 ulas bawang putih - dihiris
2 biji bawang merah - dimayang
3 keping buah keras (beli yg dah siap dihiris)
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang

B
1 setengah pot beras - (pot kecik je..) -cuci bersih & tos
1/2 tin susu cair
air (dari stok ayam) - secukupnya
1 helai daun pandan
Sedikit serbuk kunyit
1/2 biji carrot - didadu
Garam - secukup rasa
1/2 kiub ayam knorr

CARA:
1. Panaskan mentega dlm periuk nasi. Tumis bahan A hingga naik bau.
2. Masukkan beras & bahan2 B yg lain.
3. Tanak nasi hingga masak, dan kacau sesekali supaya nasi masak rata. Siap



Quote:
AYAM PANGGANG
(thrillion thansk to Zakiah for sharing the recipe! maaf ya..bonda alter skit2 )

~ Bonda rebus dulu ayam & kentang ni dlm 10 minit.. untuk buat stok ayam.. pastu angkat ayam & kentang, toskan..yg tinggal isi2 dalaman (hati & pedal) dan part2 yg bonda tak suka je.. bonda rebus lama skit.

1 ekor ayam
50gm butter - dicairkan
lada hitam tumbuk - ikut byk mana suka
oregano - 1 suduteh
***semua ini disatukan

2-3 sudu kecil oyster sauce

Caranya :
1. Letakkan ayam dalam loyang, sapukan campuran butter ini pada seluruh ayam dan dlm badan ayam dgn menggunakan berus.
2. Biarkan sebentar, kemudian sapukan pula dengan oyster sauce secukupnya.
3. Kemudian perapkan sekurang2nya sejam..
4. Kemudian bakar pada suhu 180C selama 50-60 minit atau sampai ayam masak. Setengah jam pertama, balikkan badan ayam supaya masak sama rata...


SOS BLACK PEPPER SEMPOI
(resepi Abg Boy - thanks bro!)

3 ulas bawang putih - ditumbuk
Lada hitam - secukupnya - ditumbuk
1 gelas air stok ayam
Garam - secukup rasa
1 s/b minyak masak
Tepung gandum - ikut suka nak kuah pekat mana..

Cara
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih & lada hitam hingga naik bau.
2. Masukkan air stok ayam. Kacau sebati.
3. Masukkan garam secukup rasa. Kacau rata.
4. Masukkan tepung gandum sedikit..kacau selalu hingga kuah pekat. Siap.


KENTANG BAKAR

Bahan
2 biji kentang
sedikit mentega
sedikit lada hitam
sedikit oregano
sedikit garam

Cara
1. Sapu kentang yg direbus tadi tu dgn mentega dan sedikit garam.
2. Tabur dgn lada hitam dan serbuk oregano.
3. Bakar dgn ayam hingga masak. (balik-balikkan kentang supaya masak rata)


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net