By: raqin rafiqyn

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 19-Feb-2007 07:47 Email | Share | Bookmark
Kek Kukus Lobak Merah

 
 
Aqin minta bonda buatkan kek utk besday dia... tapi sebenarnya dah lepas pun... besday dia 11 Februari aritu.. tapi nak buat camna.. maksu dia ni lambat sgt nak balik kg.. so dia pun dgn sabarnya membilang hari utk maksu dia (bonda) balik buatkan kek utk dia.. maka bermula operasi membuat kek ni pada sebelah malam..ingatkan aqin lupa.. bonda saja nak tgk sama ada dia ingat ke tak.. dlm dia dok tgk tv tu tetiba dia kata "maktu aritu kata nak buat kek kat adik kan? bila nak buat?" bonda senyum ja.. pastu usik dia gak.. "maksu malaih la dik.. suruh mama la buat!" bonda tgk airmuka dia dah berubah.. sedih dah.. sambil berpaling muka tgk ke tv.. bonda dengar dia cakap perlahan je tapi jelas di pendengaran bonda ni.."maktu dah janji.... adik tunggu lama dah.." Sian lak rasanya.. terus bonda bingkas ke dapur walaupun jam dah kul 11 mlm.. memula tu dia tunggu gak bonda siapkan kek dia tapi bila asek kena marah ngan mama dia sebab tido lambat, dia terus p tdo.. esok pepagi tu terus dia tanya.."kek adik dah tiap(siap) maktu? bila bonda kluarkan dari fridge punya lah syok budak tu.. terus dia belek kek dia.. tapi tetiba dia tanya... "dulu masa kat tepon adik kata buat gambaq ikan kan? ni gambaq ikan ka?" bonda kata.."makan jelahhhhhh!!"


Taarraaaaaaaaaaa...inilah yg terhasil tatkala waktu jarum jam cecah kul 1.30 pg..ntah apa2 ntah punya decoration nih..corak daun limau tu pun byk yg patah2 sebab coklat putih tu nipis & soft sgt..

Quote:
KEK KUKUS LOBAK MERAH
(copy from kak liza's fp..tapi dah alter skit2)

Bahan
250 g butter
150 g gula halus
3 biji telur
1 s/k esen vanilla
200 g carrot - parut & celur, pastu tos kasi kering
230 g tepung naik sendiri (i used tepung bluekey)
1/2 s/k serbuk kulit kayu manis - paras rata

Cara.
1. Panaskan kukusan.
2. Butter dan gula dipukul sehinga gebu.
3. Masukkan telur satu persatu dan kacau rata.
4. Masukkan esen vanila dan kacau lagi.
5. Masukkan tepung naik sendiri yg telah diayakkan bersama serbuk kayu manis.
6. Masukkan carrot
7. Gaul rata dan masukkan dalam acuan yg dilapikkan kertas
8. Kukuskan dalam kukusan selama 50 minit
9. Bila telah masak, sejukkan dan sapukan topping coklat.

Topping Coklat
(masak secara double boiling)

150 gm coklat masakan
50 gm mentega
1 s/b crisco






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net