By: raqin rafiqyn

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 8-Feb-2007 01:00 Email | Share | Bookmark
Coleslow Bersosej & Churros

Coleslow Bersosej
Meltz & Churros
Churros
Aduhaiii....... lain yg dirancang lain lak yang jadik.. Nasib...nasib.... Bonda & ecah p Wasbudi nak beli pampers, susu dgn barang2 dapur skit.. sebab mlm ni abang bonda sefamily nak datang dari Kedah, nak lepak kat umah bonda sampai hari Isnin ni.. Memandangkan pampers ecah cuma tinggal 2 keping, sebab siang sebelum tu dia asek cirit birit je sampai berkali2 tukar pampers (byk sgt makan limau kat umah pengasuh kot) so bonda decide kena p Wasbudi jugak walaupun terpaksa meredah hujan..
Dah habih shopping kat wasbudi, bonda pun dukung la ecah yang menggalas beg comey dia tu, dgn berpayung dan bergayut beg2 plastik kat tgn, bonda redah hujan lagi utk ke keta la plak.. Lepas letak ecah kat seat, bonda pun masukkan semua barang2 dlm keta.. tapi tak tau camna bila balik umah baru bonda perasan, MYkad dan semua kad-kad bank bonda dah tercicir.. yg tinggal membership card, lesen dan i.c ecah je.. bila masa semua kad-kad tu mengelongsor dari purse pun tak tau la...
Bila bonda pegi balik kat Wasbudi, wasbudi pun dah tutup dan bonda round2 kat tempat parking tu.. dah takde kad2 bonda tu... dah wassalam la kot... so semlm bonda mmg takdak mood, tapi sebab perut lapar bonda cuma buat coleslow je utk alas perut.. tapi itu pun mkn tak habih..

Pagi ni call bank untuk batalkan semua kad.. adusss.. dah ler senayan (isnin) ni gaji.. nak kena ambik duit guna buku la nampaknya... leceh tul...pastu pegi wasbudi, minta hashim tlg drive keta sebab bonda rasa malas je arini.. sampai wasbudi tanya le kat cashier tu dia kata kalau depa jumpa nanti depa tlg simpan.. alamat tak jumpa sampai sudah la ni... pastu p balai polis nak report mykad ilang..rupanya takyah report dah la ni..terus ke JPN je.. (tak ambik tau betul lah! eheheehehee..) tapi dlm keta hashim dok gelak2 kat bonda sebab on the way nak p balai tu sempat lagi bonda snap gambar Cheesy BBQ Meltz ni dan sempat mkn sepotong.. apa2 pun thanks to hashim sebab temankan bonda sepanjang pagi uruskan semua tu tadi...

Lunch hour balik umah mcm biasa, tgh makan nasi tu tingat lak nak try buat churros yg dah siap print dari fp ida.. so try saja lah... tak la susah sgt pun.. tapi yg kelakarnya tu awat bentuk dia terus lari daripada gambar yg dlm fp ida tu... tapi rasa dia..not bad gak.. bila curah2 dgn coklat cair rasa dia bertambah2 sedap lak... so ida, thank u manyak2 for the recipe ye..




Quote:
COLESLAW BERSOSEJ

sedikit kobis biasa
sedikit kobis ungu
sedikit carrot
2 batang sosej
1 biji tomato ( ni nak clearkan stok tomato..)
Mayonis secukupnya
1 potong limau nipis - optional

Cara
1. Sosej dihiris serong, direbus hingga masak & ditos.
2. Kobis & carrot diparut/didadu/dicincang (suka hati nak hiris camne pun takpe..)
3. Masukkan tomato & semua bahan dlm mangkuk, masukkan mayonis dan perah limau nipis.
4. Gaul semua bahan hingga sebati. Siap.

Note ; lebih enak simpan dlm fridge kasi sejuk baru ngap! dan bonda rasa lebih best rasa dia jika dimakan dgn sos cili/sos tomato instead of limau nipis.. limau tu sesuai tuk yg nak berdiet je rasanya..




Quote:
CHURROS (mmg copy paste dari fp ida je..malas la nak re-type.. )

bahanya :
250grm air
150 butter
4 grm garam
150 tepung
4 grm baking powder
250 gram telur (3 biji)

for coating : gula halus dan serbuk kayu manis digaul sekali dan tabur atas churros lepas goreng.

caranya :
masak butter dan air hingga mendidih
masukkan tepung yang sudah dicampurkan dengan garam dan baking powder - gaulkan sebati
masukkan dlm mixer, pukul sampai bancuhan sejuk dan akhir masukkan telur pukul hingga sebati.
masukkan dlm piping beg , guna nozzle bintang , tekan bancuhan atas minyak yang panas,
goreng hingga kekuningan, angkat dan toskan minyak sebelum digaul dengan gula + serbuk kayu manis.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net