By: raqin rafiqyn

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 2-Feb-2007 06:55 Email | Share | Bookmark
Ketam & Siput Lala

Ketam Goreng
Lala Masak Pedas
 
For our dinner, abah tolong pesiang & gorengkan ketam. Bonda baru je berkira-kira nak buat masak lemak nenas dgn ketam tu.. tapi abah ni mmg tak suka makan yg berkuah sgt..dia suka kuah skit2 je.. dan kalau ketam lak dia lebih suka goreng je.. apa nak buat.. ikut saja lah.. Pastu abah mintak bonda buat masak pedas siput lala ni.. bonda buat kuah dia pun buat kering2 je.. tak byk kuah pun.. tapi abah mkn byk..3 kali dia tambah... maybe kena pada tekak dia kot.. bonda mcm biasa.. tak bertambah pun nasinya.. Lately ni selera makin kurang lah! tak tau nape... maybe my dear tau kenapa kot...so my dear..bleh tolong jawabkan tak?

Quote:
LALA MASAK PEDAS

Siput lala - dibersihkan
Minyak untuk menumis
Garam
Gula
1/2 cawan air

Bahan2 kisar (campur dgn sedikit air)
2 labu bawang besar (bawang yg sederhana besar)
4 ulas bawang putih
5 cm halia
5 cm lengkuas
2 batang serai
4 biji cili padi
Sedikit belacan
*******************************************************
Sedikit cili kering - direbus, tos & kisar hancur

Cara:
Panaskan minyak, tumis bahan2 yang dikisar hingga hampir garing, masukkan cili kering yang dikisar. Tumis hingga pecah minyak. (api perlahan jer). Masukkan siput lala, kacau rata. Masukkan air dan garam + gula dan kacau rata. Bila kuah hampir kering, tutup api. Siap.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net