By: raqin rafiqyn

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 31-Jan-2007 00:51 Email | Share | Bookmark
Lauk Pauk

sempoi2 je
Ikan Goreng Nanny Jann
Ayaq Asam
Saja teringin nak masak mcm2..walaupun simple2 je dan berdua je yg makan.. ecah makan nasi lembek dia je lah dgn kuah sup + ikan. Tetiba ja teringat ikan goreng mak.. tapi selalunya mak buat ikan siakap.. bonda guna ikan kembung je.. jadi lah..lepas kempunan gak..tak tau la mak dapat mana resepi ni..tak sempat nak tanya.. alaaaa..dulu2 kalau mak masak mana penah tanya pun dari mana resepinya..hehehe..air asam ni pun tgk mak mentua yang buat masa balik last year.. abah kata dia suka semua menu yg disediakan..
Sup Asparagus + Brokoli
Kerang Rebus
Air Asam
Ikan Goreng Nanny Jann
Sepat Pekasam


Quote:
IKAN GORENG NANNY JANN

2 ekor ikan kembung (siakap is the best!)
Serbuk kunyit - secukupnya
Garam - secukupnya
Minyak -utk menggoreng
Limau kasturi - secukupnya - dibelah dua

Hiris Halus
2 biji bawang besar
2 batang serai
3 inci halia
6 biji cili padi

Cara:
1. Panaskan minyak, gaul ikan dgn garam & serbuk kunyit. Goreng ikan hingga masak & ketepikan.
2. Asingkan sedikit minyak ikan tadi & goreng bahan2 yg dihiris halus tadi hingga layu/masak.
3. Tutup api. Tuang/curah bahan2 yg digoreng berserta minyak goreng tadi ke atas ikan.
4. Bila nak makan, perah asam limau ke atas ikan. Enak dimakan panas2.


Quote:
AIR ASAM (2 org mkn)

5 biji cili padi
1 biji cili hidup - dihiris serong
1 biji bawang besar - dihiris bulat
1 biji tomato - dihiris suka hati
Air asam jawa - secukupnya
Kerisik - secukup rasa (bonda boh 1 sudu besar)
Belacan - secukup rasa
Garam - secukup rasa
Gula - secukup rasa

Cara:
1. Tumbuk cili padi, belacan, garam & gula. Cili padi tu separuh hancur je.
2. Masukkan bahan2 yg ditumbuk ke dlm mangkuk.
3. Masukkan, bawang, cili hidup, tomato, air asam jawa dan kerisik.
4. Gaul sebati & hidangkan.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net