By: raqin rafiqyn

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 22-Jan-2007 08:52 Email | Share | Bookmark
Chicken Bun

Sebelum
Selepas
Texture
 
Ni projek Chicken Bun.. adunan bun ni dah mmg diuli dari pagi lagi.. cuma buat inti skit je.. pastu biar dia kembang lagi pastu masuk oven.. dan bun ni mmg lembut..inti dia mmg sedap..(prasan tul..mmg masuk lif tekan sendiri nih! ) But ooppsss... kalau ada yg terperasan, ada 2 ketul yg lain kat sini.. tu sebab inti dah abih daaa... so tibai je lah buat cheese stick.. dan tak dilupakan.. mcm biasa jugak.. diposkan sikit kat umah Kama.. Maybe ada yg tertanya2 apsal slalu je bg kat Kama.. sebab Kama slalu bagi lauk bila bonda malas nak masak.. terkadang tu tibai makan terus kat umah dia je... (tak malu tul!)


CHICKEN BUN ( bun ni mmg sengaja buat kecik2 je bentuk dia..)

Bahan (roti)
250 gm tepung high protein
45 gm gula kastor
1 biji telur
10 gm mentega
6 gm yis
1 s/b dough softener - optional
40 ml susu segar
30 ml air - air mungkin kurang/mungkin lebih

Cara - Roti
1. Semua bahan diadun sekali kecuali air dan susu segar.
2. Gaulkan hingga menjadi seperti serbuk roti.
3. Masukkan susu segar. Gaulkan. Masukkan air sedikit demi sedikit, (jgn tuang sekaligus air, banyak atau sedikit air bergantung kepada tepung, kalau adunan masih keras, tambah air skit lagi)
4. Setelah adunan bercampur sebati, uli hingga doh menjadi lembut dan elastik. Lagi lama uli lagi baik.
5. Kemudian biarkan adunan dalam 1 jam sebelum dibahagikan sebanyak 20 gm tiap doh.
6. Canai doh dan masukkan inti ayam dan bentukkan bulat2 atau mengikut kesukaan anda.
7. Biar doh mengembang skali lagi (dlm 1 jam) , kemudian bakar pada suhu 180 celcius selama 20-30 minit atau sehingga masak.
8. 10 minit terakhir (sebelum roti masak), sapukan telur kuning ke atas bun.
9. Setelah masak, kluarkan drp oven, sapukan dgn sedikit mentega utk mengilatkannya.

Bahan (inti)
3 ketul ayam - dicincang
Minyak - sedikit

(Bahan Perap A)
1 s/k serbuk jintan manis
1 s/k serbuk jintan putih
1 s/k serbuk satay- optional

(Bahan Perap B -Dikisar dgn sedikit air)
1/2 biji bawang besar
1 biji bawang putih
1 batang serai
2 cm halia

(Bahan C)
1 s/b sos tiram
1 s/b sos tomato
1 s/b sos cili
1 s/b kicap
Garam - secukup rasa

Cara - Inti
1. Ayam diperap dgn bahan2 perap (A + B) selama 15 minit. (lagi lama lagi baik)
2. Panaskan minyak, goreng ayam yg telah diperap (masuk je semua skali dgn bahan2 perap tu dlm kuali)
3. Masukkan Bahan C, kacau sebati dan goreng hingga semua bahan masak. Angkat. Siap
[i]

*Nota kaki kayu bangku - bonda uli tepung tu pagi.. letak inti tengah hari, bakar plak waktu petang.. tapi rasanya lagi lama biarkan doh tu, lagi lembut la roti dia.. betul ke tak fakta bonda ni tak tau ler..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net