By: raqin rafiqyn

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 19-Jan-2007 07:07 Email | Share | Bookmark
Apam Rose Mekar

Sebelum
The texture
 
 
Dapat resepi ni from FP kak Nabia..Thanks for sharing this recipe.. walaupun terpaksa mengorbankan lagi waktu tido lunch ni.. yg penting abah bleh bawak p site utk minum petang ngan kengkawan dia.. tak lah dia asek merungut asek2 goreng pisang je yg dia mkn kat site tu.. dan seperti slalu jugak... yg balance tu bawak mai ofis ler kasi kengkawan bonda jugak!

Quote:
[b]APAM ROSE MEKAR (copy paste je ni resepinya)

Bahan
3 biji telur
250 gm gula
100 ml santan atau fresh milk - i used fresh milk
300 gm tepung gandum
1 s/k ovallate
pewarna - i used red, purple, blue, yellow & green
1 s/k vanila essense
acuan kertas - bonda taram pakai mcm2 jenis acuan

Cara:
1. Telur dan gula di pukul sehingga gebu dan ringan.
2. Masukkan ovallate, santan atau fresh milk dan tepung gandum. Kacau sehingga rata dan sebati.
3. Bahagikan kepada beberapa warna yg disukai. Masukkan pewarna dan kacau rata.
4. Panaskan kukusan. Biarkan mendidih.
5. Masukkan acuan kertas dalam acuan agar2 yang kecil.
6. Sudukan adunan yg berwarna-warni berselang seli kedalam acuan kertas.
7. Masukkan acuan kecil agar tu kedalam kukusan dan kukuskan selama 10 minit.
8. Bila dah masak, keluarkan kueh dari acuan kecil agar2 tadi dan hidangkan.
[/b]



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net