By: raqin rafiqyn

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 19-Jan-2007 02:42 Email | Share | Bookmark
Chicken & Prawns

Rufero Chicken Foil
Butter Prawn
 
Balik keja petang semlm terus bergegas ke my kitchen... bergegas tu bukan sebab pa pun.. cuma sebab ecah tgh nyenyak tdo ngan abah.... tu yg cepat2 p masak tu... satgi kalau dia dah bangun, jenuh nak bersilat lak ngan dia... so untuk dinner malam semlm bonda masak resepi daripada Abg Boy (abg bonda ler). Ayam ni dia masak utk bonda masa balik kampung aritu.. bestnye kalau kat kampung.. takyah penat2 masak... boleh manje2 ngan Abg Boy.. maklumla bonda ni adik bongsu kesayangan dia la katakan...

Rufero Chicken Foil
Butter Prawns



Quote:
RUFERO CHICKEN FOIL

Bahan:
Setengah ekor ayam - (dlm 8 ketul) - Bersihkan & dikelar2 sedikit.
Aluminium Foil

(Bahan A)
1 s/b serbuk jintan manis
1 s/b serbuk jintan putih
1 s/b serbuk sate - optional
3 s/b kicap
3 s/b sos tiram
1 s/k gula
1 s/k garam @ secukup rasa

(Bahan B - Blend semua skali)
2 biji bawang besar ( bawang yg sedang tu je)
5 ulas bawang putih
1 pokok daun sup/saderi
1 pokok daun bawang
5 biji cili padi
4 cm halia
2 batang serai

Cara:
1. Ayam diperap dgn Bahan A & Bahan B selama setengah jam.
2. Letak ayam yg diperap dgn bahan2 perap tu skit dlm foil aluminium. Balut kemas.
3. Masak dlm oven pada suhu 250 degree selama 25 - 35 minit atau hingga masak.
4. Bukak foil, masukkan dlm pinggan dan hias sesuka hati. Enak dimakan panas2.



Quote:
BUTTER PRAWNS
(tgk kat tv - rancangan masakan tapi org cina yg masak)

Bahan:
Udang (kira smlm ada 16 ekor.. ) - bersihkan
5 s/b mentega
2 biji telur - asing putih dan kuning
1 s/b tepung beras - optional
2 ulas bawang merah - dihiris nipis
3 tangkai daun kari -
2 batang serai - dihiris halus
Garam - secukup rasa
Minyak utk menggoreng

Cara:
1. Pukul telur putih (tak yah kembang sgt), dan campurkan dgn tepung beras. Kacau sebati.
2. Celup udang dlm telur & gorengkan. Bila dah masak, angkat & ketepikan. Baki minyak tu diketepikan.
3. Panaskan mentega, tumis bawang merah, serai dan daun kari hingga naik bau. Asingkan.
4. Campur telur kuning ke dalam baki telur putih tadi, masukkan garam dan dipukul sedikit.
5. Dgn menggunakan garfu tuang pelan2 telur tadi..(make sure telur tu jatuh ke dlm kuali melalui garfu tu & garfu tu mesti tinggikan skit dari kuali)
6. Masukkan udang dan bahan2 yg telah ditumis, kacau rata. Tutup api. Siap.




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net