By: raqin rafiqyn

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 14-Jan-2007 03:29 Email | Share | Bookmark
Kentang Bilis Pedas

Kentang Bilis Bercili
Ni resepi aunty bonda...Maksu Rooslynda Ammy.. masakannya simple, senang dan kena pada selera bonda.. sebab dia ada rasa masam2 dan pedas2.. Makan plak dgn nasi panas-panas... mmg best.. tekak org lain bonda tak tau la.. tapi kalau tekak abah.. ok je.. abah pun suka..


KENTANG BILIS PEDAS (utk 2 org)

Bahan:
2 biji kentang - hiris sederhana nipis
Segenggam ikan bilis - bersihkan
2 labu bawang besar - dihiris
15 biji cili padi - dihiris (kalau tak nak pedas, kurangkan cili)
Sedikit asam jawa - ambil airnya
Garam - secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara:
1. Goreng kentang hingga masak. Angkat & ketepikan
2. Ikan bilis digoreng hingga masak juga. Angkat & ketepikan
3. Bawang besar ditumis hingga layu. Masukkan cili padi dan digoreng sebentar. (mmg pedas baunya!)
4. Masukkan air asam jawa dan sedikit garam. Kacau sebati. (air asam tu jgn byk sgt... dia mcm 'chap-chap' je.. ala basah2 skit gitu je..)
5. Masukkan kentang dan ikan bilis. Kacau rata dan sebati.. Tutup api.. siap!


* Kalau nak boh serbuk perasa pun boleh.. tapi bonda tak boh sebab abah tak suka!



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net