By: raqin rafiqyn

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 31-Dec-2006 06:19 Email | Share | Bookmark
Hidangan Pagi Aidiladha

Ketupat
Kek Tiramisu
Ayam Masak Ros
Nasi Beriani
 
 
Tiramisu Choclate Flavour
Tiramisu Cappucino
Mcm slalu..atas permintaan anak2 dan cucu2..mak buat Nasi Beriani dan Ayam Masak Ros. Menu sampingan mcm biasa jugak...ada ketupat cicah gulai daging.. Bonda cuma buat tiramisu je.. buat 2 biji..1 untuk umah mak mentua la... baru ler adil dan saksama kan.. Tapi kek tiramisu bonda terlembut skit dan comot ler.. namun tetap habih dimakan oleh mereka2 yang ada kat umah mak... yeehaa.. tu yg sonok tu! I'm love in it!! (mcm mc'd lak)


KEK TIRAMISU ( untuk 2 biji kek )

Bahan:
5 biji telur
75 gm gula
375 gm krim keju
1000 ml krim putar
2 potong kek span ( 1 kek span coklat & 1 kek span cappucino)

Bahan Kopi Sirap: (bancuh)
100 gm serbuk kopi nescafe
300 gm gula
500 ml air

Cara:
1. Lembutkan krim keju di dlm bekas berasingan.
2. Pukul telur dgn gula hingga kembang.
3. Pukul krim putar hingga kembang.
4. Campur ketiga-tiga bahan di atas ke dlm satu bekas dan pukul rata.
5. Ratakan kek span dgn sirap kopi.
6. Tuang adunan tadi dldm bekas dan simpat dlm peti sejuk sebelum dihidangkan.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net