By: raqin rafiqyn

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 25-Dec-2006 03:54 Email | Share | Bookmark
Seafood Pie

 
 
 
Actually ambil resepi ni from sis nina (babybatriesyia fp).. Nama resepi dia Cod & Prawn Pie tapi bonda dah tukar nama and dah alter skit2 mengikut barang2 yg ada dlm freeze je.. harap sis nina tak marah ek... Bonda malas nak taip resepi dia cuma bonda rajin nak copy paste je..dan tambah yg mana patut je...jgn marah ye...

Quote:
SEAFOOD PIE

Bahan-bahan:

8 ekor udang sederhana besar - buang kulit, bersihkan dan dicincang kasar
4 batang jejari ketam (crab filamen stick) - dihiris sederhana tebal
2 ekor sotong - bersihkan & didadu sederhana besar
2 batang sosej - dihiris serong
2 helai daun bay
450 ml susu segar
800 g ubi kentang } potong kecil dan rebus hingga empuk, toskan
50 g mentega
2 sudu besar tepung gandum
Parutan cheddar cheese secukupnya
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

Cara membuat:

Masak udang, sotong, ketam & sosej bersama daun bay & 4 sudu besar susu selama 5-8 minit
Setelah masak buang daun bay.
Kentang yg dah empuk dilenyek panas2 bersama 30 g mentega, 2 sudu besar susu dan secubit garam.
Panaskan periuk, masukkan lebihan mentega dan tepung, kacau selama 1 minit Tutup api, masukkan saki baki susu.
Panaskan semula sambil sentiasa kacau sehingga sos pekat.Masukkan garam dan serbuk lada hitam, tutup api
Masukkan isi udang dan yg lain2 tu ke dlm sos tersebut (A)
Panaskan oven pd suhu 200’C / gas mark 6
Ambil mangkuk/loyang tahan panas (ovenproof dish), ratakan A
Kemudian menggunakan piping bag, picitkan kentang lenyek ke atas sos tadi
Kemudian taburkan cheddar cheese secukupnya
Masak dlm oven selama 20-25 minit atau sehingga perang
Hidangkan panas-panas


*Pie ni bonda buat a little bit lembek, so next time bonda bakar/masak dlm oven tu pakai yg pembakar bawah dulu dlm 15 minit, then baru bakar pakai top & bottom level tu lagi 10 minit... kalau tak nanti cheese sebelah atas tu mcm garing sgt lak nampak...



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net