By: raqin rafiqyn

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 24-Dec-2006 02:47 Email | Share | Bookmark
Roti John

 
 
 
 
 
 
ROTI JOHN

BAHAN:-
2 biji roti hotdog - dibelah dua tapi tak putus
2 batang sosej - didadu
3 batang crab fillet - dipotong sederhana tebal
1/2 biji bawang besar - didadu
Sedikit lettuce - dihiris nipis
2 biji telur - dipukul kembang
2 keping keju
Minyak - untuk menumis

CARA:-
1. Tumis bawang hingga naik bau.
2. Masukkan sosej & crab fillet. Kacau hingga sedikit garing/masak. Angkat & ketepikan.
3. Dadarkan telur yang telah dipukul ke dlm pan. Api paling perlahan.
4. Letakkan sosej & crab fillet tadi ke atas telur, taburkan lettuce.
5. Tekap roti hotdog ke atas telur & isi tadi, biarkan seketika hingga telur masak. Tutup api & angkat.
6. Terbalikkan roti & kemaskan/lipat lebihan telur ke dalam roti.
7. Letakkan keju dan tutup roti yg masih panas.
8. Paipkan sos & mayonis ikut citarasa masing2.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net