By: raqin rafiqyn

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 16-Dec-2006 06:47 Email | Share | Bookmark
Menu Sabtu

Omelette
Daging Goreng
Udang & Cendawan
Sup Sayur
 
 
Kotak tepung tempura
Breakfast..since abah dah lambat nak p keja..bonda cuma sediakan Omellete yg paling simple je... (dah alter resepi kak liza skit...) mmg senang sgt nak sediakan...janji dia boleh makan... Then for our lunch, bonda masak yg biasa2 ja sebab abah mmg tak suka makan yg renyah2...yg simple2 pun dah ok utk dia..tapi the most important things is..bonda mmg malas tul nak masak for today.. rasa nak tdo ja all day long! (Maybe sebab tdo lewat......)

Yesterday night went to Wasbudi.. belek punya belek jumpa tepung tempura..penah dgr org crita je..tapi tak penah try..tak penah makan pun.. belek lagi cara nak masak dia..adusss senang bangat.. ingatkan susah sgt... so beli la satu.. dan penah gak dgr member cakap goreng cendawan celup tepung tu sedap... boleh la nak try skali... before abah going to work, dia request kalau bleh lunch ni dia nak makan daging goreng.. okla my dear darling..boleh je... Jadi menu of the day........ :-

Simple Omellete
Daging Goreng Pedas
Udang Goreng Tempura
Cendawan Goreng Tempura
Sup Sayur


Quote:
SIMPLE OMELLETE
Bahan:
2 biji roti hotdog - belah tgh tapi jgn putus
2 keping fish chip (last balance dlm fridge)
Lettuce - utk jadi alas fish chip (yg balance gak ni)
Carrot - parut/racik/hiris halus2
Sos tomato @ sos cili
Mayonis
3 biji telur
Minyak

Cara:
1. Gorengkan fish chips sehingga garing. Potong serong memanjang. Ketepikan
2. Roti hotdog yg dibelah tu ditekap/dibakar kat pan hingga garing skit..
3. Alaskan lettuce atas roti tersebut, tabur carrot dan susun fish chips.
4. Pukul telur dan tebarkan dalam kuali.
5. Letakkan roti hotdog dan lipatkan telur dikeliling roti.
6. Terbalikkan dan biarkan sekejap.
7. Hidangkan panas-panas.
8. Cicah dgn sos dan mayonis.



Quote:
DAGING GORENG PEDAS
Bahan:
Daging - hiris sederhana nipis dan
4 ulas Bawang putih - diblend lumat
1 labu Bawang besar - dihiris bulat
8 biji cili padi - diblend lumat
5 biji cili padi - dibelah 2 tapi tak putus
1/2 sudu serbuk kunyit
1/2 gelas air
Sedikit kicap
Garam - secukup rasa
Minyak

Cara:
1. Tumis bawang putih hingga layu.
2. Masukkan daging yg digaul dgn serbuk kunyit, goreng sebentar
3. Masukkan cili padi yg ditumbuk, kacau rata..biar sebentar hingga cili padi tu agak2 sebati dgn daging
4. Masukkan air, kacau sebentar dan biar hingga air tu hampir kering
5. Masukkan kicap, bawang dan cili padi yg dibelah 2, kacau sebentar
6. Bila air tadi kering, masukkan garam secukup rasa.. Siap!



Quote:
CENDAWAN & UDANG GORENG TEMPURA
Bahan:
Udang
Cendawan
Tepung tempura
Air
Minyak utk menggoreng (deep fry)

Cara
1. Bancuh tepung tempura dgn air..jgn terlalu pekat dan jgn terlalu cair..agak2 udang/cendawan tu bleh
melekat ngan tepung...
2. Celup udang/cendawan ke dalam bancuhan tepung tadi.
3. Goreng dlm minyak panas hingga masak. Siap!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net