By: raqin rafiqyn

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 10-Dec-2006 05:46 Email | Share | Bookmark
Mee Kuah Nanny Jann - Lunch

Mee
Kuah
Bahan
 
Ni mee kuah namanya... kat kl ni tak jumpa pun mee kuah ni..yg ada kat sini mee bandung.. so my hubby request nak makan mee kuah sebelum mak mentuanya balik kg.. sebab dia kata mee kuah mak sedap.. so for our lunch mak buatkan mee kuah utk kami sekeluarga.. thank you so much mom... luv u much!!


Quote:
MEE KUAH (versi nanny jann)

BAHAN :
Mee kuning - dicelur & tos

BAHAN - KUAH
Daging + tulang
Air
Cili kering - blend
Sos cili
Sos tomato
Kicap - sedikit shj.
1 bungkus fishcake -dihiris
1 bungkus fishball - dibelah 2
Garam - secukup rasa

BAHAN - HIASAN
1 pokok sawi - dipotong dan dicelur
Tauge - dicelur
Tauhu @ tokua - digoreng dan dihiris
Bawang goreng
Cili merah - dihiris nipis
Limau kasturi - optional

CARA:
Rebus daging dan tulang bersama air dlm 10 minit, masukkan cili kering yg dah diblend, kacau rata dan biar hingga daging hampir empuk. Masukkan sos cili, sos tomato dan kicap. Kacau sebati. Masukkan fishcake dan fishball dan biar hingga semua bahan masak. Masukkan garam secukup rasa, kacau sekejap dan tutup api. Siap. Hidangkan dengan mee.


*Note ~ utk air, sos cili dan sos tomato, sukatannnya agak2 je la ye...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net