By: raqin rafiqyn

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 7-Dec-2006 01:29 Email | Share | Bookmark
Masak Asam Ikan

Masak Asam Ikan
Telur Grg Mata Kerbau
Ulam Bendi & Sambal Blacan
Ingat nak lepak kampung sampai weekend..tapi apa nak buat...kena balik kl cepat skit lak..mak dgn aqin pun ikut skali..sampai kl kul 2 ptg.. Ingat nak bawak depa makan kat luaq ja sebelah malamnya tapi tgk2 kat kitchen tu dah siap pun lauk pauknya..Mak dah masak rupanya...walaupun simple..tapi mmg sedap..air tgn mak mesti la sodapkan..

Masak Asam Ikan Kembung
Telur Goreng Mata Kerbau
Ulam Bendi Rebus
Sambal Belacan


Quote:
MASAK ASAM IKAN

BAHAN:
2 ekor ikan kembung - digoreng separuh masak & asingkan dahulu
1 biji bawang besar - dihiris bulat
3 biji bawang putih - dihiris nipis
3 inci halia - dihiris nipis
1 sudu kecil serbuk kunyit
Santan (RM1)
Asam jawa - secukup rasa
Garam - secukup rasa
Minyak untuk menumis

CARA:-
Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih, halia dan serbuk kunyit hingga terbit bau. Asam jawa digaul dengan santan terlebih dahulu kemudian dituangkan ke dalam bahan2 yg ditumis (biji asam jawa tu jgn le boh skali, tapis tau), masukkan pula ikan kembung tadi dan kacau hingga sebati. Perlahankan sedikit api dan biarkan sebentar. Akhir skali masukkan garam secukup rasa. Kacau rata dan tutup api. Siap.

*kalau nak kuah byk, boleh tambah air sedikit ke dlm masakan tersebut*




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net