By: raqin rafiqyn

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 3-Dec-2006 07:53 Email | Share | Bookmark
Breakfast of de Day!

Lepas dbakar
Bun Sosej Berpintal
doh blum kembang
doh tgh kembang
tunggu turn
aneka inti
dah siap
As i promise before to my anak2 menakan & also to kak pah too..so this morning kenalah bgn awai prepare their breakfast..Masa lalu kat ruang tamu, huissshhh... masing2 mcm kena tembak lepas berperang.. bergelimpangan.. masing2 tdoq lasak, ada yg kaki letak atas muka org lain pun ada... aiyaaaaa... tapi bila tgk budak2 ni rasa lapang je dada..rasa bahagia... don't want to waste my time, i go straight to the kitchen sengsorang untuk misi menguli tepung. Rupa2nya sejam lebih lepas tu ramai yg dah bangun..dan tolong buat kacau skali kat dapur..bila dah ramai yg jadi pengacau, maka hasil bun ni pun mcm2 la jadinya..mcm2 inti depa boh..tapi bonda sronok sgt balik kg kali nih..



Quote:
BUN SOSEJ BERPINTAL (normasri punya resepi kalau tak salah)

Bahan-bahan :

400 g tepung roti (strong white bread flour)
1 1/2 sudu kecil yis kering segera
1 sudu kecil garam (paras rata)
1 sudu besar gula castor
3 sudu besar minyak masak
250 ml air suam (warm)
10 batang sosej ayam
sedikit sayur campur
sedikit sos tomato
sedikit mayonis
1 biji telur } dipukul sedikit-utk sapuan

Cara membuat:

Campurkan tepung, yis, garam, gula kedlm mangkuk besar.
Buat lubang di tengah2nya, tuangkan minyak dan air.
Gaul tepung tadi sehingga menjadi doh yg lembut, jika adunan terlalu kering tambahkan 2-3 sudu kecil air lagi mengikut keadaan
Uli selama 10-15 minit sehingga doh menjadi licin dan elastic.
Bulatkan doh kemudian letakkan kedlm mangkuk yg telah dilenser dgn sedikit minyak dan tutup dgn cling film.
Letak ditempat yg suam selama 1 ½ - 2 jam atau sehingga doh mengembang 2 kali ganda
Potong doh kpd beberapa bahagian dimana setiap bahagian seberat 50 g
Taburkan sedikit tepung ditempat mencanai kemudian canaikan setiap bahagian doh menjadi btk segiempat (lebar mesti sama dgn panjang sosej)
Letak sosej diatasnya kemudian gulung
Potong kpd beberapa bahagian yg sama besar tapi jgn putus
Twistkan setiap bahagian potongan ke kiri dan kanan berselang seli (spt gambar diatas)
Letakkan di atas dulang yg telah disapu minyak
Ulang kesemua doh hingga habis
Tutup dulang tersebut dgn cling film, biarkan doh tersbt naik sekali ganda
Selepas itu taburkan sayur campur di atas roti sehingga sekata
Panaskan oven pd suhu 200'’C, bakar selama 10 minit kemudian keluarkan dr oven, sapu atas/tepi roti dgn dgn kuning telur kemudian masuk balik ke dlm oven bakar semula selama 10-15 minit atau sehingga keperangan
Apabila masak, paipkan sos tomato atau sos cili jika suka dan mayonis diatasnya
Enak dimakan semasa panas..kanak2 pasti suka


*Note - bonda tambah 1 sudu besar Dough Softener dlm adunan tu utk lembutkan roti..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net