By: raqin rafiqyn

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 1-Dec-2006 00:39 Email | Share | Bookmark
Clearance Stock - Ayam Bonda Style

 
 
Gambar x cantik plak!
Pagi - ada yang rajin buatkan nasi lemak utk makan ramai2 di pagi jumaat yg berkat ni..mekaseh la pada kakak2 yang rajin masak nasi lemak ni.. sedap sungguh!! (kalau mkn free apa pun sedap je) .. Petang lak bila dah sampai umah tu penyakit "M" mai lagi...adussss...apo nak masak ni..byk yg dah habis dan malas tul nak turun p kedai...tambah2 asek ujan je..lagi le malas... .. lagipun berdua je kan ngan ecah.. tak kesah sgt lah.. Masak moi (bubur nasi) utk ecah pastu masak ayam utk diri sendiri. Tapi tak tau la masakan ni nama apa sebab taram je..tapi bonda rasa nak bg nama..Ayam Bonda Style lah.. stok apa yg berbaki dlm peti ais, itu le yg bonda masak utk arini...malas nak masak byk jenis..so bonda boh semua dlm satu jenis masakan saja.. rasa2 mcm ok je.. lagipun mmg suka mereka cipta masakan dan main blasah je..



Quote:
BAHAN:-
Isi Ayam - goreng separuh masak & asingkan
Minyak utk menggoreng

4 ulas bawang merah - dimayang
2 ulas bawang putih - cincang
2 tangkai daun kari
1 sudu kecik halba campur
1 sudu kecik serbuk ketumbar
1/2 sudu kecik serbuk jintan manis
1/2 sudu kecik serbuk jintan putih
suku sudu kecik serbuk kayu manis
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap
Suku cawan air
1 biji buah tomato - hiris suka hati
1 biji cabai idup - dihiris
2 biji telur
Secubit garam (jgn cubit byk sgt sebab kicap dan sos tiram dah masin)
Sedikit serbuk perasa
Minyak utk menumis


CARA:-
Tumis bawang merah, bawang putih dan daun kari, biar hingga naik bau, pastu boh halba campur, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan serbuk kayu manis. Kacau2 sat.. Pastu boh kicap, sos tiram dan air.. Kacau sebati. Masukkan ayam yg telah digoreng separuh masak tadi dan kacau lagi.. Masukkan pulak tomato, cabai idup, garam dan serbuk perasa. Kacau2 lagi..pastu pecahkan telur dan mcm biasa kacau lagi hingga telur masak dan nampak melekat skit kat isi2 ayam tu..so siap dah la..buleh le mkn ngan nasi panas..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net