By: raqin rafiqyn

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Sunday, 6-Jul-2008 01:30 Email | Share | | Bookmark
Fuhhhh penatnya..

 
Meh bonda crita apa yg terjadi 2 hari yg lepas...Bonda dah plan ari Jumaat nak p Sunway Carnival di Seberang Jaya.. tujuannya bukanlah untuk shopping.. tapi nak lepak kat kedai buku Popular tu je.. dah lama tak lepak kat kedai buku sejak2 balik sini.. nak gak releks-releks.. release tension dan bagi terapi kat otak ni sket... 2 minggu lepas cuma sempat singgah kat kedai buku Harfa di Kulim utk beli beberapa buah novel..tapi yg bonda berkenan cuma 2 buah saja.. jadi plan nak p cari novel2 yang bonda nak tu di Popular la..



Suddenly masuk order2 ni lak ari khamis petang... nak cuppies ni utk esok (Jumaat).. fikir sejenak.. hmmm boleh la kot.. so reply sms kata bonda akan deliver cuppies ni Jumaat ptg... Bonda ingat mlm tu nak baking la cuppies ni siap2 jadi pagi Jumaat tu boleh la deko.. Tapi tak boleh plak nak baking mlm tu sebab kena p umah mentua.. bila dah balik rasa mengantuk sgt2 lak.. mmg tak leh bukak mata dah.. kunci jam kul 3.30 pagi..kononnnya sempat la nak bgn bakar kek pastu terus deko la.. rupanya mmg tdo mamposss.. tak dgr langsung bunyi alarm.. tersedar kul 6.30 pagi.. apa lagi kelam kabut la bersihkan diri dan solat..then terus ke dapur utk start............ prepare sarapan dulu la....pastu makan.. kalau tak makan gerenti bonda gastrik.. pastu baru start baking.. sejam kemudian dah setel semua benda.. tunggu cuppies sejuk untuk dideko pulak.. Baru nak bancuh buttercream, kak ipar ajak p pekan untuk beli brg2 dapur dan terus ke bank nak bank in duit asb.... memandangkan bonda ni dah jadi driver tak rasmi untuk my big family.. terpaksa la setuju.. Ingatkan sat saja.. rupanya sampai umah kul 1.30 ptg dah.. kalut lagi.. pastu my customer si Atifah ni sms nak cuppies2 ni kul 3.30 pulak sebab dia kena jumpa client di Gurun.. hmm camna ni..mcm tak sempat je.. lepas berbalas-balas sms, Atifah setuju untuk pick up di rumah saja.. ok la tu... save time dah.. lepas tu atifah kata cuppies yg satu lagi ni boleh terus antar kat kawan dia, Nabila di kilang.. Minta maaf la Nabila.. sesame street awak ni tak brapa menjadi la.. bonda mmg tak pandai melukis.. Buruk bebenor cartoon ni.. (meh nak bocorkan secret.. sebenarnya bonda tak penah tgk pon cartoon ni.. sebab tak suka tgk carton2 jenis ni.. tak tau napa... jadi bila disuruh lukis.. baru kelam kabut cari gambar dia... pastu baru tau nama-nama untuk character cartoon ni.. dulu bonda tau cuma big bird saja)



Tgh dok tunggu kak ipar tunggu turn utk masukkan duit di bank, dpt call lagi..minta buatkan kek tunang.. bersungguh-sungguh nak order.. tak sampai hati nak tolak. En. Firdaus ni nak kek tema oren terang dan purple tua.. adusssss mcm tak masuk je... tapi bonda buat jugak... Kek ni deliver sebelah malam di rumahnya di Kulim.



Sabtu pagi bonda dengan kak Iyta ke Kepala Batas.. Ada hal skit untuk diuruskan.. Balik umah (dah hampir ke jam 2 jugak) terus tuju ke dapur ..... untuk siapkan kek-kek ni lak.. Seterusnya cuppies ala2 teratai ( ye ke teratai?? takdak rupa pon kan..) dan 2 biji kek birthday ni diorder oleh my regular customer.. Dia order last week, nak amik Sabtu mlm. Masa dok deko kek En. Firdaus, kek-kek ni pon silih berganti masuk dlm oven tu.. seb baik dah siap bakar mlm sebelumnya.. jadi hari sabtu petang concentrate untuk deko saja. Apa nak buat, dah nama pon bukan profesional.. jadi mmg amik masa yg agak lama jugak untuk deko kek-kek ni.. kul 8 mlm dah siap deliver semua kek-kek ni.. nasib baik masa nak deko tu bonda call customer ni (yg dah jadi kawan baik).. tanya dia nak warna apa untuk kek2 dia.. dan sungguh la bernasib baik bila dia kata tak kisah la nak letak warna apa pon.. bonda bagitau la.. buttercream yg kek tunang tu ada skit lagi...kisah tak kalau bonda terus apply kat kek2 dia ja.. luckily dia kata "hentam sajalah" Actually dia order cuppies ni 12 biji saja.. bila dah bakar ada lebih sebiji.. bonda sumbat jugak lah.. bagi free sebiji.. Thanks to Cikgu Liza untuk order kali ni..







Lepas deliver, terus ke umah mentua lagi.. maklumla asben balik minggu ni.. mesti kena p umah mak dia lak kan... sampai sana dah terasa penat sgt.. baru plan nak releks.. tapi kena jadi tukang masak pulak sebab mak mentua kata anak dia yg no 2 tu nak mai makan kat situ... berperang lagi di dapur.. jadi dlm masa sejam setengah sempat la masak ikan kembung masak pindang, otak lembu goreng kunyit serai, daging+urat goreng basah berempah, sambal belacan dan rebus ulam. Siap! Lepas tu tak perasan pulak dah 3 pinggan nasi bonda makan... sedap jugak masakan bonda ni ya... (perasan lak...jgn marah haaaa)

** untuk half set cuppies (12 biji) hanya dibuat untuk kawan2 terdekat dan paling rapat saja ye..

Kesudahan cerita untuk kali ni... tak dpt jugak bonda beli novel dan lepak kat Popular Bookstore tu!!! Tapi kak iyta kata.. yang penting duit masuk.. kalau p seberang jaya tu duit keluar!!




Permintaan Hati - Letto


Quote:
Lyrics:
terbuai aku hilang
terjatuh aku dalam keindahan penantian
terucap keraguan hati yang bimbang
yang tehalang kepastian cinta

aku hilang...
aku hilang...

tersabut kabut malam
terbiasnya harapan
yang tersimpan sejuta bertuan
terasa kerinduan hati yang bimbang
yang terhempas kepastian cinta

dengarkanlah permintaan hati
yang teraniaya sunyi
dan berikanlah arti pada
hidupku yang terhempas
yang terlepas pelukanmu
bersamamu dan tanpamu
aku hilang selalu

aku hilang...
aku hilang...

tersabut kabut malam
terbiasnya harapan
yang tersimpan sejuta bertuan
terasa kerinduan hati yang bimbang
yang terhempas kepastian cinta

dengarkanlah permintaan hati
yang teraniaya sunyi
dan berikanlah arti pada
hidupku yang terhempas
yang terlepas pelukanmu
bersamamu dan tanpamu
aku hilang selalu
bersamamu dan tanpamu
aku hilang selalu

dengarkanlah permintaan hati
yang teraniaya sunyi
dan berikanlah arti pada
hidupku yang terhempas
yang terlepas pelukanmu
bersamamu dan tanpamu
aku hilang selalu
bersamamu dan tanpamu
aku hilang selalu


Tuesday, 1-Jul-2008 04:23 Email | Share | | Bookmark
Makaroni Krim Putih

 
Anak-anak menakan suka betoi kalau masak kat depa mcm ni... memula tu nak buat carbonara ja.. tapi takdak spagetti pulak.. nampak makaroni yg hanya separuh luak dlm bekas di dapur tu.. apa salahnya kalau try guna makaroni saja.. harap2 sedap dan menepati citarasa.. tak brani buat byk2.. buat skit2 ja.. lepas tu mcm biasa tetap licin.. rupanya sedap jugak.. ( heheheh prasan lak!)



Quote:
MAKARONI KRIM PUTIH

200gm makaroni - direndam sekejap dan direbut (+secamca minyak) hingga lembut & Toskan
2 sb butter
2 ketul isi ayam - dicincang
sedikit isi daging lembu - dicincang
1 biji bawang besar - didadu
1 sk serbuk lada hitam
2 helai bay leaf
sedikit serbuk oregano
sedikit serbuk mixed herbs
1 cawan whipping krim
1/2 cawan air
Garam - secukup rasa
1 1/2 sb paras rata tepung jagung
Mozarella cheese - secukupnya

Cara:
1. Panaskan butter dlm kuali
2. Tumis bawang besar hingga layu. Masukkan isi ayam, daging, daun bay dan serbuk lada hitam. Goreng hingga sedikit garing.
3. Masukkan air dan whipping krim.
4. Perasakan dgn garam. Masukkan tepung jagung. Kacau sebati.
5. Biar krim mendidih sekejap dan tutup api.
6. Tabur serbuk oregano dan serbuk mixed herbs di atas makaroni. Taburkan mozarella cheese.
7. Sendukkan kuah krim tadi ke atas makaroni. Sedia untuk dimakan.




Koleksi kek utk minggu ni..




Tq Lisa.. kalau sudi order la lagi..Happy Birthday!


Saturday, 28-Jun-2008 12:59 Email | Share | | Bookmark
Caffe Latte Cupcakes



Masa p perabih nasik kat umah kak Rinnchan kesayanganku tak lama dulu.. kak rinn ada tunjukkan buku cupcakes yang dia baru beli.. kulit buku tu cantik sgt.. dan isi kandungannya sungguh menarik walaupun deko pada cupcakes tu simple2 saja.. bonda ada la salin 2-3 resepi yang bonda bekenan.. kak rinn kata kalau dah salin kena la buat.. jgn simpan saja.. jadi bonda kotakan segala janji bonda dulu.. jadi inilah hasilnya. Kek ni tak brapa gebu tapi sedap jugak... untuk kak rinn, thank u very much dear sis sebab bagi copy resepi ni... anak2 buah bonda mcm biasa la.. apa yg dihidang depan mata depa, sure pakat balun sampai licin.. mungkin sebab topping/ganache coklat yg bonda letak atas cupcakes tu dan ada buah strawberry tu kot..

Quote:
CAFFE LATTE CUPCAKES

Bahan2:
125g butter
3/4 cup susu
1/2 st esen vanilla
3 biji telur
1 cup gula castor
1 1/2 cup tepung naik sendiri
1 1/2 sb susu tepung
1 sb instant coffee + bancuh dgn 1sb air panas

TOPPING
3 cups gula aising
1 cup susu tepung
1 sb instant coffee
100gm butter
1/4 cup susu segar
4 titik esen vanilla

Cara2:

1. Panaskan butter dan esen vanilla di atas api kecil. Kacau sampai butter cair. Masuk susu tepung dan biar sejuk.
2. Pukul telur hingga kembang. Masukkan gula. Putar lagi hingga kembang. Masukkan sebahagian butter, sebahagian tepung naik sendiri. Pukul rata.
3. Masukkan baki butter dan baki tepung, susu skim, instant coffee. Putar hingga smooth.
4. Masukkan adunan ke dalam papercup/soufle hingga 1/2 penuh. Bakar 180c selama 20 minit.

Cara2 Topping:
1. Masukkan semua bahan2 dlm mangkuk, putar pelahan selama seminit. Putar laju selama 5 minit. Paipkan atas kek,

*** bonda guna ganache dan strawberry saja sebagai ganti topping.




Wednesday, 25-Jun-2008 06:20 Email | Share | | Bookmark
Otak & Siput

 
 
Kalau ada yg geli or tak lalu tgk entry otak ni maap le ye..tapi bukan otak org lah.. ni otak lembu mooohhhhhhhhhhhhh tu.. dulu, bonda pon tak lalu nak makan.. tapi sejak2 termakan otak ni yg dimasak oleh pak mentua..terus jadi suka.. tapi dgn syarat kena goreng bagi garing sket.. kalau tak garing, still tak buleh nak telan sgt.. Yang satu lagi tu siput belitong aka siput sedut masak lemak nenas yg bonda masak utk asben bonda baru-baru ni. Selalunya siput ni bonda goreng ja.. tapi kali ni buat masak lemak pulak.. tapi bonda lebih suka yang goreng dari yg berkuah ni.. tapi asben bonda makan byk jugak.. feveret dia la kot..



Quote:
OTAK GORENG PEDAS

bahan2:
Otak lembu - dibersihkan, direndam dgn pati asam jawa + limau nipis + garam

Minyak masak - untuk menumis
1 sk serbuk lada hitam
garam secukup rasa
secubit gula
1 biji bawang besar - dihiris bulat2
beberapa biji cili padi - utk hiasan je..


Dikisar dengan sedikit air :-
2 batang serai
6 cm halia muda
sedikit lengkuas
10 biji cili padi
1 sk serbuk kunyit

Cara2:
Otak lembu dibilas bersih. Hiris sesuka hati. Panaskan minyak, masukkan otak. Goreng hingga sedikit garing. Masukkan bahan2 kisar. Kacau rata. Biar hingga airnya kering ( sesekali kacau la..nanti hangit plak! ) Masukkan garam, gula, serbuk lada hitam, cili padi dan bawang besar. Kacau hingga bawang layu. Tutup api & hidangkan.


** Pak mentua suka otak yg bonda masak ni..


masak lemak ni mcm biasa ja... cuma taruh nenas je..


Tuesday, 24-Jun-2008 03:12 Email | Share | | Bookmark
Choc Moist & Kapis

 
 


Pagi ni ujan rintik2 masa nak kluar keja.. dah ler naik motor.. redah la jugak.. dah masuk ke kawasan hi-tech dah tak hujan tapi mendung mcm langit nak runtuh.. perjalanan harus diteruskan.. cewahhh... cuma sejuk tak hengat la... terketaq2 kena angin pagi yg terlalu dingin. Sampai ofis air-cond lak mcm nak bunuh org.. sampai kecut2 jari ni.. menggigil-gigil... punya la sejuk.. tapi budak2 ofis ni selalu hairan tgk bonda tau.. hari2 dari pagi sampai petang mesti pakai sweater tebal.. padahal depa panas manjang.. bonda pon heran gak.. heran dgn tubuh badan sendiri.. mcm tak normal je rasa.. kalau gemuk mesti la panas kan.. tapi bonda terbalik lak.. sejuk mcm dok dlm peti ais..yg tak tahan tu tapak kaki la.. mcm direndam dalam besen yg penuh dgn ais.. sampai tak tau nak pijak lantai ofis ni camna.. walaupun berkasut still sejuk lagi...

Ok, jom tgk koleksi kali ni lak.. asek crita pasai sejuk, kat sini bertambah-tambah sejuk pulak..


entry lama... lupa nak update.. Kapis hantaran Linda.


Terima kasih Zu.. kalau berkenan, order la lagi ye..


[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net