By: raqin rafiqyn

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Sunday, 26-Oct-2008 00:06 Email | Share | | Bookmark
nak letak tajuk pe pon tak tau..

 
Hampir sebulan tak update.. nak tgk gambar raya mmg takdak la..sebab tak pegang kamera sgt.. ni projek bln posa, untuk raya dan selepas raya.. tak byk amik order atas sebab2 tertentu.. jamu mata saja la ya..







Sunday, 28-Sep-2008 03:24 Email | Share | | Bookmark
Entry terakhir Ramadhan ini..

 
Slow betoi fp ni sejak2 muncul ramadhan.. bukan sebab tak larat tapi bz dan rajin cuti sakit..
last week pon masuk ofis cuma sehari suku...hari2 lain semuanya dpt mc.. demam, batuk, selsema dan mcm semput pon ada... sempena menyambut syawal ni bonda sertakan kad pengganti diri untuk semua pengunjung2 fp ni tak kira di mana jua anda berada.. semoga syawal kali ini meninggalkan kenangan manis buat kita semua.. untuk kawan2 buleh ambil kad raya ni lekat kat dinding umah masing2.. org lain awal2 dah tukar2 kad..bonda saja yg selalu lambat..tapi takpa..raya kan sebulan!! terima kasih pada kengkawan yg kirim kad utk bonda ek.. Dan jemput datang ke rumah tau..




dari Zira



dari Rinzura


dari Farah Bakty

[youtube]


Thursday, 18-Sep-2008 04:12 Email | Share | | Bookmark
BUBUR CANDIL & MUFFIN CHOC CHIPS

 
Dah lama buat bubur candil & muffin choc chips ni tapi takdak masa nak update saja... adoiyaiii...
Biasa la bila masa tak mengizinkan tambah pulak dgn virus2 m yang melesukan badan.. tu yg hampir bersarang fp ni... jom tgk bubur candil dan muffin yg bonda buat ok..Resepi dari Kak Rinnchan kita tu ler kan... dan jugak sorang lagi pakar masakan yg tak kurang hebatnya dan glamernya iaitu En. Mat Gebu.. bonda paste jer resepi2 depa kat bawah ni..Tengkiu byk2 utk kedua2 chef kita utk kali ni.. -D



Quote:
BUBUR CANDIL

Bahan-bahan :
3 cawan tepung pulut
1 camca air kapur sirih
4 cawan air
200 gm gula merah
2 helai daun pandan
6 sudu makan tepung beras, larutkan dalam sedikit air

Bahan2 Kuah Santan :
1 cawan santan dari ½ biji kelapa
2 helai daun pandan, robek-robek
1 camca tepung jagung, larutkan dengan sedikit air
secubit garam

Cara-cara :
1. Gaul tepung pulut, air kapur sirih dan 1/2 - 3/4 cawan air sehingga tidak melekat di tangan.
2. Gentelkan bulat-bulat kecil.
3. Jerangkan lebihan air atas api, masukkan gula merah dan daun pandan. Masak hingga gula larut, tapis dan jerang semula.
4. Masukkan bebola tepung pulut dalam air rebusan gula merah dan masak sampai terapung tanda sudah masak.
5. Masukkan larutan tepung beras dan kacau sentiasa sehingga kuah agak pekat. Sajikan dengan kuah santan.
6. Untk kuah santan, campurkan semua bahan kuah dan masak atas api sehingga sedikit likat.

Bila nak makan, ambil semangkuk bubur dan siramkan kuah santan. Jangan gaul sampai sebati, cukup sekadar dapat gabungan sesudu bubur dan sedikit santan bila nak menyuap ke mulut. Baru ada campuran rasa manis, lemak-lemak, masin dan kenyal-kenyal pulut bila digigit. Mungkin sajian ini mirip Puteri Berendam tapi Puteri Berendam lebih meriah kerana ianya dibuat berwarna-warni bebolanya...

Biasa la... nak derhaka jugak resepi tu kan.. ni bebola yg berwarna warni... bebola yg kaler putih pun ada jugak cuma tak snap gambar saja...




Quote:
CHOCLATE CHIPS MUFFIN

Bahan Disatukan Dan Diayak:-
250 g tepung gandum
2 camca teh baking powder
1/2 camca teh soda bicarbonate
2 camca besar serbuk koko

Bahan Disatukan Dan Kacau Rata:-
250 ml susu segar
90 ml minyak sayur/jagung
1 biji telur gred A
1 camca teh esen vanilla

Bahan Lain:-
175 g gula halus
150 g chocolate chips
50 g chocolate chips, utk hiasan

Cara membuatnya:-

Dalam satu bekas, satukan bahan2 diayak bersama gula halus dan 150 g chocolate chips, gaul rata. Tuang bahan2 yang dikacau rata dan gaul hingg semua sebati dan mesra.
Sudukan bancuhan muffin tadi ke dalam muffin cup 3/4 penuh dan hias dgn taburan coklat chips, buat hingga siap
Bakar dalam oven pada suhu 180Cm selama 18 - 20 minit. Sejukkan sebelum dihidangkan. Sesuai untuk minum petang bersama keluarga...


Acara ni pulak adalah acara passing button tag dari kawan2 yg baik hati utk bonda.. kalau ada yg terlepas pandang tu bonda minta maaf sgt2 ok.. kadangkala waktu amat mencemburui daku..sampai tak sempat nak ronda fp kawan2 lain.. dan bonda appreaciate dgn tag2 ni.. terima kasih byk2..







Thursday, 11-Sep-2008 23:17 Email | Share | | Bookmark
Kerabu & Sup Tauhu Sumbat

 
Lamanya tak update fp ni.. hampir penuh dgn sarang labah2..kuikuikuikuiiii..sori ya utk para pengunjung yg menyinggah kat fp ni..asek2 tgk entry bendi tu je kan.. kali ni entry kerabu bunga betik pulak..kerabu ni lain sket pesennya sebab kena masak..selalunya nampak kerabu mentah saja kan.. jom try masak dgn santan pekat lak.. rasa dia sedap jugak..buat dlm kul 6 ptg tapi sampai sahur kerabu ni tak basi walaupun tak masukkan dlm peti sejuk.. mungkin sebab waktu masak dia agak lama..bunga betik ni pun tak brapa pahit sgt. Bonda rasa sebab bonda rendam dia lama2 kot..pastu rebus dan buang air dia pastu masak lagi skali..Jom layan..



Quote:
KERABU BUNGA BETIK

Bunga betik secukupnya
2 ekor ikan kembung - direbus & diambil isinya saja.
2 sb kerisik
sambal belacan + 6 biji cili padi
sedikit pati asam jawa
400ml santan pekat
garam & gula secukup rasa

Cara2:
1. Rebus bunga betik sebentar dan toskan airnya.
2. Dalam periuk, masukkan santan dan semua bahan2 di atas. Kacau hingga kuah hampir mengering. Angkat.


Yang ni lak resepi dari kak zura1287..tengkiu nooo.. dah lama buat..cuma tak update kat fp saja.. bonda tak sure kak zura buat camni ker tak... sebab bonda tak tanya betoi2 pun.. pastu mcm biasalah.. mesti derhaka resepi punya.. hehehehee... jgn marah arr.. tapi inilah hasilnya.. resepi yang senang dan menyelerakan untuk penggemar2 tauhu mcm kak zura.. so kak zura, jgn terliur ek..



Quote:
SUP TAUHU SUMBAT

4 keping tauhu - dipotong 2 (bentuk segi 3) - digoreng sedikit garing - ketepikan
Fishball - dipotong dua

Bahan utk kuah sup:
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit halia yg telah dikisar
1 ketul kiub pati ayam
Air
Sedikit daun sup - dicincang
garam secukup rasa

Bahan utk sumbat
udang - dikupas dan dicincang & diperap sebentar dgn bahan2 serbuk bawah ni..
1/2 sk serbuk jintan manis
1/2 sk serbuk jintan putih
1/2 sk serbuk lada hitam
1/2 sk serbuk ketumbar

Cara2:
Untuk sup : Tumis bawang2 & halia kisar hingga naik bau. Masukkan air, kiub ayam dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih.

Ambil tauhu dan korek isi tghnya..ketepikan.. sumbat dgn udang yg diperap dan letak sedikit daun sup. Tutup isi udang tadi dgn baki isi tauhu.

Masukkan fishball ke dalam sup. Masukkan jugak tauhu sumbat tadi ke dalam sup dan biar hingga isi udang tadi masak. Hidangkan.


Klip lagu Antara Hujan & Airmata - Sudirman




Tuesday, 2-Sep-2008 00:12 Email | Share | | Bookmark
Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Sat ja dah masuk Ramadhan.. pastu pejam celik pejam celik dah raya pulak.. tak terasa masa berlalu dgn pantas.. Bonda ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan yang penuh berkat ini pada semua pengunjung-pengunjung fp ni.. kalau ada salah dan silap harap dimaafkan ya..

Dipetik daripada http://www.tokgajah.com (terima kasih)

Quote:
KELEBIHAN BULAN RAMADHAN
Berikut beberapa hadith yang menceritakan fadhilat bulan Ramadhan untuk kita hayati bersama dan mendapat keberkatannya :

1. Dari Abi Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

"Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."

Hadis riwayath Bukhari, Muslim& Nasaaei.

2. Dan daripada Abu Hurairah daripada Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu."

Hadith riwayat oleh Nasai'e, Ibn Majah dan Baihaqi

3. Dan Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang artinya :

"Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu."

Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasai'e dan Baihaqi

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

"Solat yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar).

Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah."

Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim dan Baihaqi

5. Daripada Abi Solih Az-Zaiyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

"Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untuk Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri isterinya pada hari itu dan tidak meninggikan suara.

Sekiranya dia dihina atau diajak berkelahi maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri Nabi Muhammad saw didalam kudratNya maka bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. "

Hadis riwayat imam Bukhari& Muslim.


Menu paling simple pembuka tirai Ramadhan. Mungkin ramai yg dah penah try masakan ni tapi utk my big family semua mcm musykil ja bila bonda masak bendi ni utk depa.. ada yg tanya, dah habih idea ka masak lagu ni? Last2 menu ni tetap licin.. semua suka... Walaupun simple tapi sedap jugak dan sedikit rangup bila dimakan panas2. Boleh dimkn dgn nasi dan dicicah dgn sos..


Quote:
BENDI CELUP TEPUNG

Bahan2:
20 biji bendi yg muda dan kecil ( nak besar2 pun buleh..suka ati korang ler)
1/2 cawan tepung gandum
lebih kurang 3/4 cawan air
1/2 sk rata garam @ secukup rasa la..
2 biji telur
Minyak utk menggoreng

Cara2:
1. Bersihkan bendi. Ketepikan.
2. Campur tepung dan garam dalam bekas. Tuang air sedikit demi sedikit ke dlm tepung. Gaul sebati. Bancuhan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.. kira buleh salut bendi tu dah molek ler..
3. Goreng dlm minyak panas. Jangan terlalu lama..cukup setakat nampak adunan tepung tu dah masak skit..Angkat & toskan.
4. Dlm mangkuk berasingan, pukul telur hingga kembang. Celupkan bendi tadi.
5. Goreng semula hingga salutan telur menjadi kuning keperangan. (tak payah lama2 nanti bendi jadi terlalu lembik..) Angkat & toskan.
6. Siap untuk dihidangkan. Cicah dgn sos cili pon sodap...



[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net