By: raqin rafiqyn

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 8-Apr-2008 00:08 Email | Share | | Bookmark
Apam Pisang

 
 
 
Jengah sana..jengah sini... asek2 entry apam pisang je kat fp kengkawan tu... haiiiiiii sedap sgt ke? Bonda tak brapa makan sgt apam pisang ni.. tapi print jugak la.. Cadang tu utk berbuka puasa semlm nak le buat buah melaka ke.. kuih gulung/ketayap ke.. buat puding ke.. last2 yg jadi, apam pisanggggg jugak! ptg semlm sambil dok chat dgn a few friends, ligat jugak dok print mcm2 resepi.. bawak balik umah, dok relek2 tgk bella kat tv3, kak ipar tgk lak resepi apam ni.. dia mmg suka makan apam pisang tapi tak reti buat.. hmmm buat jugak la.. sekejap sgt proses buat apam ni.. dpt ler 14 biji.. akhir cerita, bonda berbuka posa dgn nasi dan air suam... apam pisang ni dah selamat dikerjakan oleh kak ipar dgn bala tentera yg kecik2 kat umah tu... depa kata sedap! lain kali suruh buat lagi!!! sapa yg nak kena buat tu??



Resepi dicilok dari blog encik mat gebu..thanks ya mat!

Quote:
APAM PISANG

Bahan-Bahannya:
1 cawan tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)
2 biji telur gred A
100 ml minyak jagung (atau mentega cair)
1/4 cawan gula
4 biji pisang emas, sederhana besar*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
Secubit garam*(*disatukan dan lecek hingga halus)

Cara membuatnya
1.Pukul minyak, gula dan telur hingga sebati menggunakan whisk. Masukkan pisang lecek, gaul rata. Masukkan pula tepung, kacau hingga sebati. Ketepikan.
2.Panaskan kukusan, sediakan acuan kegemaran (mat guna acuan kecil2), sapu dengan sedikit minyak pada acuan, panaskan 2 minit. Tuang adunan apam 3/4 penuh dan kukus 12 - 15 minit. Buat hingga siap.
3.Keluarkan dan boleh dihidang bersama kelapa parut atau begitu sahaja. Balut tutup kukus dengan kitchen towel untuk mengelakkan air menitis atas apam..




Monday, 7-Apr-2008 03:42 Email | Share | | Bookmark
Sesi Teh Tarik ECFO

 
parking dpn ofis
Dah lama tinggalkan aktiviti-aktiviti camni.. maybe ramai fp members yang perempuan2 tak berminat pasal ni.. tapi sebenarnya ia berkenaan minat dan hobi kan....dulu masa belum kawen.. zaman sekolah2..zaman uitm.. mmg bonda gila motor..rasanya minat tu sampai sekarang kot.. hahahhaa... dulu2 rajin la p konvoi dgn member2.. merata ceruk kami p.. tapi masa tu naik motor kapcai la..motor yg cc dia cuma 100 ataupon 110 saja.. tapi kami betoi2 enjoy.. happy sokmo. Masa abih spm, keja kilang sat, hari2 bonda tibai naik motor rxz abg nd punya.. kadang2 naik rider kawan2 abg.. still ingat lagi,masa tingkat 3 camtu la, mak dan abg li onn yg ajar naik rxz, abg li chemei ajar naik rider.. and then masa form 4 lak wadi ajar naik tzm & kips.. nak tunggang cagiva je tak kesampaian masa tu sebab motor tu berat..masa tu bonda slim lagi.. mana larat! hhahahahaa... depa semua kawan2 abg bonda..hari2 mmg keja depa mai lepak kat umah bonda dari pagi sampai mlm.. mcm takdak umah je.. hahahha.. tapi mmg besttt..dan takkan bonda lupa saat2 manis tu..

Bila dpt keja kat miti, kl.. mmg berhajat nak beli tzm.. tapi mak bising la.. takut jadi apa2.. anak dara dia sorang2 je dok kl.. risau jugak.. hmmmm sedih je rasa.. lepas tu bonda tetap beli motor jugak.. tapi motor kapcai la.. iaitu motor e.x.5.. hahahah ni harta pertama tau! betapa bangganya dpt beli motor dgn duit sendiri.. motor sebelum ni mak yg beli.. jadi segan la nak bawak ke kl.. lagipon abg nd guna motor tu berulangalik ke poli ungku omar masa tu..

Lepas kawen.. beli lagi sebiji motor..125cc..tapi kapcai jugak.. guna lebih kurang 2 thn.. lepas tu bagi balik kat kedai..hihihiii.. pakai keta lak.. tapi feel dia tak sama la mcm naik motor.. kebetulan asben pon berkongsi minat yg sama.. suka motor besau.. penah ler sembang2 kosong dgn dia.. dia kata kalau ada rezeki lebih nak tangkap superbike satu.. takpe..kita himpun duit sikit2 ek..tapi mmg minat habih dgn ducati, cbr, honda vtr/rc51.. pendek kata.. jenis2 superbike ni mmg bonda suka la..tapi tak mampu ler nak beli.. Baru2 ni iaitu dlm bulan lepas bonda beli motor besau sket cc dia.. 150cc je.. nak beli superbike rasanya mcm tak kena je.. maklum la..berat badan dah bertambah..mcm tak cun je kalau naik superbike..erra fazira bleh la..dia slim n cun jer.. naik superbike dah sah2 nampak cun!! jadi bonda tangkap skuter jelah.. tapi dgr2 kata..next year modenas nak kluarkan skuter yg 250cc.. hmmm??? rasanya2 mcm naaak je beli!.. Mungkin beli gak kot nanti..







3 org je naik elegan..lagi 2 org naik keta pasal ujan daaa...


Lepas beli skuter elegan ni bonda terus join Eleganeers Community (ECFO). Abg ND pon dah join community ni masa bulan feb aritu.. Ni sesi teh tarik..ataupon lebih dipanggil sesi TT.. mulanya ramai jugak kata nak hadir.. tapi last minit yg datang cuma 5 org.. yg lain2 tu maybe tak dpt join sebab ujan kot.. tapi meriah jugak walaupun 5 org.. byk jugak yg bonda dpt tau tentang motor ni.. selain dari isu2 semasa.. topik pada malam tu, tentang konvoi ke Jelapang..utk hadir ke majlis kenduri kawen salah seorang ahli community ni.. konvoi ke cameron highland.. dan lain2 agenda la..




Nampak mcm rendah je skuter ni..tapi sebenarnya tinggi jugak dan berat.

http://www.eleganeers.com/


Monday, 7-Apr-2008 02:54 Email | Share | | Bookmark
Choc Cupcakes & Kanji

 
Cuti 3 hari.. masak mcm biasa.. baking pon mcm biasa.. cuma malas nak amik gambar.. ntah la apasal penyakit M ni takmo nak ilang...kena suntik dgn Vitamin R baru nak ok kot!
Ada customer request cupcakes coklat..pastu nak topping coklat and conteng2 dgn buttercream sikit.. well ok lah.. no idea at all.. ini je yg dpt difikir utk sementara waktu.




Quote:
Kek Cawan Butter Coklat
(bonda buat setengah adunan.. dpt lebih kurang 20 biji)

250gm butter
190gm gula kastor
5 biji telur
50 ml air
240gm tepung naik sendiri - diayak
4 sb paras rata serbuk koko - diayak
1 st choclate emulco

Caranya:
** Panaskan oven terlebih dahulu

1. Putar butter & gula hingga kembang dan creamy.
2. Masuk telur dan pukul satu per satu.
3. Masukkan sedikit tepung yg telah diayak dgn serbuk koko. Berselang seli dgn air. Kacau guna spatula (satu arah shj)..hingga tepung dan air habis. Jgn terlebih kacau.
4. Tuang dlm papercup..1/2 penuh. Bakar dlm oven pada suhu 180c selama 20 minit.



Biasalah..kalau bonda dah start baking..mesti tgk berapa ramai budak2 yg ada kat umah kan.. tak ler ramai sgt utk hari jumaat tu.. dpt ler mkn sorang 2..

Hari Sabtu lak buat kanji.. org Penang panggil kanji.. org sebelah lain panggil bubur nasi.. yg bonda tau, kalau bubur nasi ni diletak santan, nama dia bertukar kepada kanji.. kalau tak letak santan, depa panggil bubur nasi..dan ada yg panggil moi..kalau ikut resepi yg penah mak bagitau, warna kanji ni akan kelihatan seperti sedikit jingga sebab selalunya depa blend lobak merah dan diperah airnya untuk campur skali dlm kanji tu.. tapi bonda malas nak blend.. potong kiub kecik2 lebih senang..



Quote:
Kanji Ala Bonda

1 pot beras
Air secukupnya
200ml santan pekat
1 sudu kecil halba
2 batang serai - diketuk
3 ketul isi ayam - dipotong kecil (bonda lebih suka letak daging tapi takda stok lak!)
1 biji ubi kentang - didadu
1 biji lobak merah - didadu
1 keping sederhana besar lobak masin - didadu
Garam secukup rasa

Untuk perasa tambahan:
Ikan bilis - digoreng
Cili padi / cili potong + kicap cair
daun sup/daun bawang/bawang goreng - boleh letak suka hati kalau ada

Caranya:
1. Cuci beras bersih2.. Masukkan air dan beras dlm periuk.
2. Masukkan halba, serai dan isi ayam. Rebus hingga beras kembang.
3. Masukkan ubi kentang, lobak merah dan lobak masin. Rebus lagi hingga kesemuanya empuk dan nasi mula hancur..(sesekali kacau2 ler )
4. Masukkan santan dan garam secukup rasa. Kacau sebentar hingga kanji menjadi likat. Tutup api dan hidangkan dgn ikan bilis dan lain2..



Sapa ntah beli ikan bilis halus2 giler ni... malas tul nak kopek isi perut n buang kepala. tapi ku goreng skit jer untuk diri sendiri..


Wednesday, 2-Apr-2008 07:47 Email | Share | | Bookmark
Kuih Pau

 
 
Semlm kukus kuih pau ni utk dimakan.. sedap! kuih pau ni dibuat kecik2 je bentuk dia tapi senang nak telan.. dua kali "tokak" dah abih..(paham ke maksud tokak tu?





tapi jgn ler tipu..bukan bonda buat ni.. bonda beli je dekat kak iyta (anita/mama iyta) tokey frozen food tu.. saja la p beli tepung kek coklat lembap dia.. pastu kak iyta bagi kuih pau ni free utk rasa.. hehehe rezeki jgn ditolak kan..walaupun sebenarnya segan jugak nak ambik.. itu ler first time jumpa kak iyta.. sebelum ni penah le chat dgn dia.. tapi bila dah jumpa, comel je org dia.. dan ramah mcm dah lama kenal.. tengkiu ek kak iyta.. kuih pau tu dah selamat masuk perut dah..


Sunday, 30-Mar-2008 03:55 Email | Share | | Bookmark
Koleksi Utk Minggu Ini

 
 
Assalamualaikum kepada semua pengunjung fp ni.. tak kira la kawan ke.. sedara mara ke... kenalan2 ke.. atau pon pada mereka2 yg baru jengah2 fp ni.. kali ni bonda nak share koleksi2 kek/cookies yg bonda buat sepanjang minggu lepas..harap2 pengunjung2 fp ni tak jemu ya..

Masa jari masih berbalut.. rasa tak senang duduk ja.. rindunya nak ke dapur.. rindu nak rasa penatnya bersilat di dapur.. mungkin itu satu kepuasan bagi bonda daripada duduk tak buat apa2.. walaupun penah org kata macam2 pada bonda.. penah org cemuh masa bonda wat part-time jual kuih-muih dulu2.. kononnya jual kuih muih nak jadi kaya.. buat penat badan bgn awal2 pagi semata-mata untuk buat kuih lepas tu terus p ofis....baru jual kuih dah prasan kaya.. Alhamdulillahhhh atas setiap cemuhan..Alhamdulillah atas setiap kata-kata yang menyakitkan telinga sebab itu satu cabaran untuk bonda memajukan diri.. daripada seorang manusia yg tiada apa-apa.. tiada keazaman.. tiada hala tuju... skarang syukur Alhamdulillah padaMu Ya Allah kerana bukakan pintu hati bonda utk berusaha.. syukur kerana Engkau masih bukakan pintu rezeki-rezeki Mu... syukur pada kenikmatan yang Kau beri.. pada sifat ketabahan dan kesabaran yg Engkau berikan padaku.. dan syukur Alhamdulillah pada semua hal yg baik-baik yg telah Engkau berikan padaku.. Sesungguhnya yg jahil.. yg hina..yg kerdil.. yg alpa.. dan semua kekurangan itu adalah daripada diriku sendiri..

Dulu, masa belasan tahun.. mmg bonda seorang yg panas baran.. pantang org cakap bukan2.. mmg cari nahas la.. kalau mulut bonda ni dah malas sgt nak cakap, mmg bonda debik betul2 je.. kalau bergaduh dgn abang-abang.. mmg bertumbuk, bersepak terajang itu perkara biasa.. sampai abg bonda penah kata pada mak, jgn bagi adik (bonda) masuk silat dah.. tak bagi join silat.. bonda masuk tae kwan do pulak.. sama je kan.. itu utk pertahanan diri... hahahaha.. Tapi bila umur makin menginjak dewasa.. bonda belajar erti kesabaran.. belajar erti 'tulikan telinga'.. skarang ni bila ada org yg saja suka cari pasal.. saja suka memperlecehkan apa yg bonda buat.. bonda pekakkan je telinga.. lantak la.. bonda malas nak ambik pusing benda2 camtu.. org camtu sebenarnya cuma suka tgk kita jatuh terlungkup dari maju ke depan.. sebenarnya dalam hal camni, siapa yg paling rugi? hahahhaha.. tapi itulah dinamakan manusia.. tak dak sapa pon yg sempurna kan..

Dulu, daripada tak ada apa-apa.. yg asek minta duit drpd mak, drpd abg2 utk beli apa saja yg bonda nak.. tapi sekarang Alhamdulillah.. sebab bonda menjual kuih, menjual kek la bonda kumpul duit sikit2 utk beli apa yg bonda nak.... dari takdak apa2 yg buleh dianggap harta.. skarang ni dah ada la sikit2 hasil dari titik peluh bonda selama ni.. rasa lebih berbaloi dan puas hati bila kita mampu beli sesuatu yg besar nilainya dgn usaha dan duit kita cari sendiri dari menadah tgn pada org tua atau asben kita..itu pendapat bonda la..

kalau brg2 baking ni.. dulu oven kecik, sekarang dah mampu beli oven yg besar skit.. mixer pon dah bertambah2.. Bonda bukan nak menunjuk-nunjuk apa yg bonda ada... salah tanggapan tu.. bonda cuma bercerita tentang kata-kata cemuh dari org-org yg tak leh tgk kita maju membuatkan bonda bangkit untuk berjuang walaupun cuma untuk kepuasan diri sendiri tapi bonda makin yakin sekarang, bonda mampu untuk mengubah nasib dan masa depan bonda... terima kasih pada mereka-mereka yg tidak senang dengan kehidupan bonda.. yg selalu mencari kelemahan bonda.. yaaa, bonda juga insan biasa.. pasti punya kesilapan, kelemahan dan kekurangan diri tapi itu semua membuatkan bonda menjadi kuat, tabah, berusaha dan lebih berdikari dari mereka yang hanya pandai bercakap saja.. Kalau ada yg terasa membaca coretan ni bonda susun 10 jari memohon maaf..ishhh sentimental lak kali ni ek! heheheheee jgn marah haa...Huiyoo dah berjela la plak bonda menaip kali ni..slalu crita sket2 jer.. hahahha.... ok lah.. jgn jemu berkunjung ke fp ni lagi ya...


Sekarang ni jari dah baik..jadi dah bleh start enjin dah.. gumbira rasa di hati.. ni semua customer tempah.. Tgk kek cartoon kat bawah.. bonda lukis tanpa teknik lekap.. tak berani nak terus lukis outline dia dgn kaler... bonda guna toothpick dulu utk lakar..kalau silap boleh padam balik.. ok sket kot nooo compare dgn spongebob huduh aritu! kek teddy bear dgn smurf tu cikgu sekolah tadika order untuk jamuan harijadi budak2 tadika dari jan-mac.. malas nak tulih2.. tulisan tak lawa.. ku pacak saja wording besday tu..lagi lawa!!


DOUBLE LAYER PANDAN CHEESE CAKE WITH CREAM CHEESE FROSTING


CUPPIES CHOCLATE FLAVOR



Hashim - actually aku nak pos cookies ni p kat hang untuk hadiah birthday hang 17hb aritu..walaupun dah lepas birthday hang..tapi mmg nak gak ler buat utk hang..hang kan best fren aku... aku buat cookies ni ari jumaat... nak pos ari ahad ler..sini kan ari ahad baru keja.. tapi tak sempat aku nak tapau..anak2 menakan aku dah kasi clear da...nanti aku buat lain utk hang ok... sori tau! heheheh

Quote:
BUTTERFLY COOKIES
Bonda olah suka hati je.. tapi mmg rangup!

Bahan-bahan:
155 gm butter
160 gula halus
1biji telur saiz B
230gm tepung gandum -ayak
100gm tepung jagung - ayak
70gm tepung kastard -ayak
1 st baking powder -ayak
1/2 st empleks -ayak
sedikit esen vanila
sedikit esen oren

Cara2:
1. Pukul butter + gula hingga jadi kembang dan menjadi krim
2. Masukkan telur + esen vanila + esen oren, pukul hingga sebati
3. Masukkan tepung2 dan bahan2 yang telah diayak
4. Pukul rata. (nak guna spatula pon boleh..bonda terus pukul dgn mixer jer)
5. Gaul adunan hingga sebati dan canai antara dua plastik.
6. Terap adunan dengan acuan rama-rama ( tebal lebih kurang 1cm)
7. Paipkan/lukis/hias dgn royal icing kalau suka..
8. Bakar pada suhu 175c selama 20 minit atau hingga masak.


Cheese Tart ni ada kawan mak order.. dia nak kat dlm dia letak strawberry filling.. luar lak nak fresh blueberry.. kawan mak punya pasal kena la buat juga.. sebab bonda mmg tak ambik order untuk cheese tart... sebab malas nak prepare doh dia..tapi bila dah buat..mesti buat lebih punya..

Nor - aku dah tapau tart ni kat hang.. aku p beli brg2 kat Honey Food Industries tu.. dah sampai pon kat lif umah hang tu.. tapi memandangkan hang tgh bad mood, (sepatutnya aku yg bad mood kan?) aku malas arr nak kacau.. aku patah ler balik.. dah beli brg2 kat kedai bakery tu.. aku balik terus jer.. last2 tart tu aku layan makan sendiri ja sambil kena angin petang yg masuk ikut tingkap keta!!! hahahahah..pehhhhhh sedap wooo!! rugi tul hang tak rasa..hahahah... if your angin beliung kembali ok.. don't hesitate to contact me ok.. aku tau hang musti rindu sama aku kan? dan aku tau hang sure tgk fp ni kan.. kalau tak mana hang tau jari aku kena sagat kan? kan? kan? so kalau rasa buleh makan tart ni thru your screen.. telan aje deh!!



Sapa ingat cartoon Smurf ni? zaman 80-an punya crita kalau tak salah.. Ni cartoon feveret bonda.. dulu kecik-kecik tak penah miss tgk cartoon ni kat tv.. tapi skarang ni dah tak ingat crita dia camna.. cuma masih teringat betapa bonda suka sungguh kat smurf ni!

Quote:
Pada semua 'pengkomen' utk entry ni.. terima kasih atas keprihatinan, sokongan, galakan, kasih sayang dan menjadi teman yg memahami.. doakan bonda terus maju dlm bidang yg baru bonda ceburi ok... salam peluk kiss utk semuaaa


[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net